Hot Posts

6/recent/ticker-posts

AKTIVIS TEATER TERSOHOR, WAK KHALID SALLEH MENINGGAL DUNIA


PENGGIAT seni terkenal, Khalid Salleh, 70, telah meninggal dunia di Hospital Ampang Puteri, petang tadi.

 Jenazah Allahyarham Khalid atau Wak Khalid dikebumikan di Tanah Perkuburan Taman Kosas, Ampang pada hari ini.

Ramai yang menyifatkan pemergiaan Allahyaraham sebagai satu kehilangan besar buat dunia seni tanah air, terutamanya dengandunia pementasan yang begitu sebati dengannya.




Allahyarham sebelum ini pernah mendapat pengiktirafan tertinggi apabila diangkat sebagai Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Asia Pasifik ke 43 di Taipei (1998) menerusi filem Jogho.


Bukan hanya di layar lebar, Allahyarham yang juga merupakan penulis buku Melayu Hilang di Dunia ini juga merupakan aktivis teater yang cukup disegani ramai. Antara karyanya ialah Monolog Juala Ubat.


Alfatihah dan takziah buat keluarga Allahyarham Wak Khalid.

Post a Comment

0 Comments