31 Dis 2017

,

LULUH nyanyian Khai Bahar dipilih sebagai Lagu Hot 2017 apabila mengungguli undian tertinggi untuk kategori tersebut di Top Hot 2017 yang bermula dari 13 November sehingga 15 Disember lalu

Khai turut menerima trofi bagi kategori Penyanyi Lelaki Hot 2017 dan FB Live Hot 2017 yang bergandingan bersama penyanyi baru Wany Hasrita pada pengumuman yang telah dibuat seawal pagi tadi di konti Hot FM.




Penyanyi berusia 16 tahun yang popular dengan lagu Senyum, As’ad Motawh telah beraya merangkul kategori Penyanyi Baru Hot 2017 manakala Putera Band yang dianggotai empat anak remaja memenangi kategori Super Band 2017. 

Dalam pada itu, Siti Nordiana telah mencipta kemenangan bagi kategori Penyanyi Wanita Hot 2017.




Secara keseluruhan, sebanyak 6 kategori telah dipertandingan dan diadili melalui dua pusingan undian oleh peminat. Pengumuman pemenang Top Hot 2017 disiarkan secara langsung menerusi stesen radio Hot FM bersama Geng Pagi Hot (GPH) iaitu Ajak, Fizie manakala Lagu Hot 2017 diumumkan dalam segmen Mega Hot kendalian El bersama Haziq.




Top Hot 2017 anjuran stesen radio Hot FM merupakan kali pertama diadakan dan juara telah dipilih berdasarkan undian tertinggi peminat menerusi laman web rasmi www.hotfm.com.my. Kesemua artis yang terlibat dicalonkan menerusi karya mereka yang ke udara di Hot FM dari 1 Januari hingga 31 Oktober 2017.




Senarai penuh pemenang Top Hot 2017

1) Lagu Hot 2017: Luluh - Khai Bahar

2) Penyanyi Lelaki Hot 2017: Khai Bahar

3) Penyanyi Wanita Hot 2017: Siti Nordiana

4) Penyanyi Baru Hot 2017: As’ad Motawh

5) Super Band 2017: Putera Band

6) FB Live Hot 2017: FB Live Hot Jamming Ramadan bersama Khai Bahar & Wany Hasrita



Mengenai Kool FM
Kool FM merupakan stesen terbaharu yang beroperasi di bawah sayap pengurusan Rangkaian Radio Media Prima (RRMP) dengan objektif untuk mengukuhkan kedudukan RRMP dalam industri penyiaran radio tempatan yang kompetitif. Dilancarkan pada 1 Mac 2016, Kool FM memberikan nilai alternatif bukan sahaja untuk pendengar malah untuk rakan niaga yang sedia ada. Menyasarkan pasaran Melayu 25-44 tahun, Kool FM menawarkan lagu hit tempatan dan luar negara dari tahun 80-an, 90-an dan juga hit terkini / semasa melalui radio tradisional dan digital. 
Dengan hanya beroperasi melalui 5 frekuensi meliputi Lembah Klang, Pulau Pinang, Kuala Terengganu, Kota Bharu dan Alor Setar, Kool FM kini mempunyai hampir 404,000 pendengar dan merupakan stesen berbahasa melayu nombor dua negara dengan masa mendengar (Time Spent Listening) sebanyak 8 jam 27 minit. Kool FM juga turut mengumpul hampir 305,512 pengikut serta peminat atas talian melalui akaun-akaun rasmi media sosial stesen itu meliputi Facebook, Instagram, Twitter dan YouTube.
,

TAHNIAH kepada penyanyi Hafiz Suip dan isteri, Nureffy Jasreel Abdullah yang baru sahaja menimang cahaya mati lelaki awal pagi tadi, Ahad, 31 Disember.

Hafiz berkongsi berita gembira itu di laman instagram miliknya dengan memuatkan naik gambar yang menampakkan sebahagian kaki bayi lelakinya itu.



"Assalamualaikum semua. Pertama sekali saya bersyukur kehadrat Illahi di atas kurniaNya cahaya mata yang amat bermakna dalam hidup dan hadiah pembuka tirai untuk tahun 2018 buat hambanya yang lemah ini. 
"Million thanks to my beautiful wife Nureffy Jesreel for giving me the most wonderful yead. Thanks to our parents, family and sahabat as well yang sanggup datang memberikan sokongan moral buat kami berdua. 
"Tidak lupa juga kepada semua yang mendoakan kami berdua. Dan terima kasih juga diucapkan kepada DR. dan kakak-kakak jururawat yang memberikan perkhidmatan terbaik yang menyambut kelahiran anak sulung saya."

Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 yang lalu.
,

RAIKAN sambutan tahun baru 2018 bersama RTM menerusi saluran TV2 dengan tayangan filem '3096 Days' dan konsert 'Linkin Park: Live From Madison Square Garden'. 

Kedua-dua program yang disiarkan pada 1 Januari ini, masing-masing pukul 1.00 petang untuk filem '3096 Days' dan diikuti konsert 'Linkin Park: Live From Madison Square Garden' menemui penonton mulai pukul 3.00 petang.    




'3096 Days' merupakan sebuah filem yang diangkat berdasarkan kisah benar tentang gadis bernama Natasha Kampusch. Segalanya bermula apabila ibu bapanya bercerai. Natasha diculik sewaktu dalam perjalanan ke sekolah oleh seorang penganggur bernama Wolfgang Priklopil yang sudah lama memerhatikan gerak geri Natasha. 

Wolfgang menculik Natasha selama lapan tahun dan usaha pencarian Natasha berterusan tanpa hasil. Masa berlalu namun Wolfgang tidak berhasrat untuk melepaskan Natasha. Wolfgang juga memastikan rambut Natasha kekal pendek sehinggalah suatu hari Natasha enggan rambutnya dipotong. 




Apakah yang berlaku seterusnya? Adakah Natasha berjaya melarikan diri? Apakah nasib Wolfgang?

Filem ini menyaksikan lakonan mantap bintang Antonia Campbell-Hughes, Thure Lindhardt, Amelia Pidgeon, Trine Dyrholm dan Dearbhla Molloy.




Petangnya, khas buat peminat kumpulan #LinkinPark, saksikan persembahan mereka iaitu Mike Shinoda, Chester (RIP) Brad Delson, Joe Hahn, Dave Farell, dan Rob Bourdon dalam 'Linkin Park - Live From Madison Square Garden'.

Sepanjang berlangsungnya konsert ini, 24 buah lagu bakal dikongsikan dengan penonton. Antara lagu The Requiem, Faint, Lying From You, Given Up, What Ive Done, No More Sorrow, Numb, In The End dan One Step Closer.

30 Dis 2017

,

TAHNIAH. Pelakon yang juga isteri kepada ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Sri Bung Mokhtar, Zizie Ezette selamat melahirkan bayi kembali lelaki di Pusat Perubatan Price Court, Ampang pagi semalam.

Bayi kembar yang comel ini dilahirkan sehari lebih awal daripada tarikah jangkaan doktor dengan berat 2.74kg dan 2.78kg pada jam 5.48 dan 5.50 pagi menerusi kaedah pembedahan.

Menurut pelakon Hero Seorang Cinderellah ini juga, dia menjangkakan kembarnya itu akan lahir pada hari jadinya yang jatuh pada hari ini, 30 Disember, tetapi proses pembedahan perlu dilakukan lebih awal.

Berita gembira ini dikongsikan Zizie menerusi laman Instagramnya petang tadi dengan memuat naik sekeping gambar di hospital  bersama bayi kembarnya.



"A birthday mommy with her two little precious EARLY birthday gift!!! Mommy expected them to arrive today, but they came by suprise via emergency C Section yesterday, Friday 29th of December at 5.48am & 5.50am, weighing 2.74kg (baby boy 1) and 2.78kg (baby boy2). 

"Alhamdulillah, both are healthy babies. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah mendoakan saya."

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung Moktar pada 2009. 
,

SETIAP daripada kita pastinya mengimpikan kembali ke zaman kanak-kanak yang meriangkan. Tanpa perlu memikirkan masalah dan cara mengatasinya, momen tersebut tersemat di fikiran semua dan alangkah indahnya putaran masa jika dapat diulang semula.

Saat-saat manis tersebut dikongsikan menerusi watak kanak-kanak bernama Dania dalam telemovie bertajuk 'Mimpi Dania' yang menemui penonton pada 31 Disember ini, pukul 10.05 pagi di TV1.

'Mimpi Dania' memaparkan kisah Dania, yang selalu khayal sama ada di rumah mahupun di sekolah dan sering menjadi ejekan kawan-kawannya. Dania tinggal bersama ibunya di sebuah kampung yang jauh dari bandar. Bapanya telah meninggal dunia dan ibunya Marisah bekerja di sebuah kilang. 

Dania suka mengelamun dan bercakap seorang diri. Kadang-kadang dia dimarahi oleh gurunya kerana berkhayal di dalam kelas. Begitu juga di rumah, ibunya mendapati Dania sering lupa melakukan kerja-kerja yang disuruhnya kerana berhayal. 

Dania berkhayal mempunyai seorang kawan bernama Danish. Dania sering duduk di bawah sebatang pokok dan bercakap-cakap dengan kawan khayalannya itu. Dalam khayalannya itu Danish membuatkan sebuah rumah di atas pokok itu untuk mereka bermain-main bersama. 

Dania teringin hendak pergi bercuti ke Cameron Highlands dan memujuk ibunya membawanya ke sana. Ibunya mencari duit lebih dengan membuat kuih dan nasi lemak untuk dijual di kilang tempat dia bekerja dan juga meminta Dania menjualnya di sekolah.




Di sekolah ada seorang budak bernama Amri yang suka mengejek dan mengganggu Dania. Satu hari berlaku pergaduhan antara Dania dengan Amri kerana Amri menghalang perjalanan Dania dengan kakinya. 

Selepas kejadian itu guru sekolah tidak membenarkan Dania menjual kuih lagi. Marisah juga kehilangan kerja apabila kilang tempat dia bekerja ditutup. Dania bermimpikan arwah bapanya yang memberitahunya supaya mencari sebuah beg hitam. 

Dania menemui beg itu dan menunjukkan kepada ibunya yang mendapati di dalamnya ada dua buku akaun bank untuk Dania dan Marisah. Marisah menggunakan wang dalam akaunnya itu sebagai modal berniaga karipap beku. 

Perniagaannya semakin maju dan Marisah dapat membawa Dania bercuti di Cameron Highlands. Semasa di Cameron Highlands Dania bertemu Danish kawan dalam khayalannya itu. Tetapi budak lelaki itu mengatakan dia bukan Danish tetapi Daniel dan dia tidak mengenali Dania. 

Dania menerima hakikat kawan khayalannya Danish sudah tiada dan Dania berkawan dengan Daniel. Sementara itu Amri berubah menjadi seorang yang baik dan mahu berkawan dengan Dania.



Mimpi Dania
Tarikh Siaran: 31 Disember 2017
Hari: Ahad
Masa: 10.05 pagi
Saluran: TV1 
Pelakon: Farah Nadia, Sherie Merlis, Sharifah Sahora, dan Syed Aiman

29 Dis 2017

,

MOSAIC, a six-part limited series from Steven Soderbergh (Oscar® winner for “Traffic”; Emmy® winner for HBO’s “Behind The Candelabra”), explores the psychological underpinnings of love and murder in a small town, blurring the line between reality and memory. 

The series debuts same time as the U.S. on Tuesday, January 23 at 9am, with a same day primetime encore at 8pm on HBO (Astro Ch 411/431). New episodes premiere on subsequent days – January 24, 25 and 26 – at 9am, with the final two episodes airing back-to-back on Saturday, January 27 at 9am.

The show will also be available on HBO On Demand (via Astro GO).

MOSAIC stars Sharon Stone (“Basic Instinct”; Oscar® nominee for “Casino”), along with an ensemble cast that includes Garrett Hedlund (“Mudbound,” “On the Road”), Frederick Weller (“In Plain Sight,” “The Beach Boys: An American Family”), Jennifer Ferrin (“Hell on Wheels,” CINEMAX’s “The Knick”), Beau Bridges (“Bloodline,” “Masters of Sex”), Paul Reubens (“Pee-wee’s Big Holiday,” “Gotham”), Devin Ratray (“The Tick,” “Blue Ruin”), James Ransone (“The First,” HBO’s “Generation Kill”), Jeremy Bobb (“Manhunt: Unabomber,” CINEMAX’s “The Knick”), Michael Cerveris (“The Tick,” “Gotham”) and Maya Kazan (HBO’s “Boardwalk Empire,” CINEMAX’s “The Knick”).

Directed by Steven Soderbergh and written by Ed Solomon (“Men in Black,” “Charlie’s Angels”), MOSAIC is executive produced by Casey Silver (“Godless,” “The Forbidden Kingdom”) and Michael Polaire (“Logan Lucky,” CINEMAX’s “The Knick”). Adrian Sack is co-executive producer.

Set against the backdrop of a mountain resort town, MOSAIC follows popular children’s book author and illustrator Olivia Lake (Sharon Stone), whose literary success makes her a local celebrity in the tight-knit community. 

At the annual fundraiser, where she is accompanied by trusted friend and confidante JC (Paul Reubens), she sets her sights on a handsome, young newcomer in town, aspiring graphic artist Joel Hurley (Garrett Hedlund). Encouraged by the doting and flirtatious Olivia, he accepts her offer for a place to stay and work, but the unexpected arrival of Joel’s girlfriend, Laura (Maya Kazan), sends Olivia into a jealous tailspin.

Olivia subsequently has a chance meeting with charming stranger Eric Neill (Frederick Weller), another new arrival in town, whose duplicitous intentions to sweep her off her feet for financial gain have an unexpected outcome.

When Olivia disappears on New Year’s Day, leaving behind a blood-soaked studio, MOSAIC becomes an intricate whodunit, and it is up to detective Nate Henry (Devin Ratray) and Eric’s sister, Petra (Jennifer Ferrin), to unravel the mystery.

MOSAIC was filmed in Park City, Utah in the winter of 2015 and 2016.

Episodes include:

Episode #1
Premieres same time as the U.S. on Tuesday, January 23 at 9am, with a same day primetime encore at 8pm

In Summit, Utah, celebrated children’s author Olivia Lake (Sharon Stone) and her close friend, JC (Paul Reubens), attend a fete hosted by Michael O’Connor (James Ransone), a wealthy financier and neighbor who delivered seed money for Mosaic, a children’s art workshop that is her pet project. Bartending at the party is Joel (Garrett Hedlund), an aspiring artist who catches Olivia’s wandering eye. 

Deciding to mentor the handsome young man, Olivia offers him lodging and a workspace at her home, a remote estate with picturesque countryside views. Michael and his associate, Tom Davis (Michael Cerveris), are extremely interested in buying Olivia’s property, and when she balks, they enlist a con man, Eric Neill (Frederick Weller), to convince her to sell. Written by Ed Solomon; directed by Steven Soderbergh.


Episode #2

Premieres same time as the U.S. on Wednesday, January 24 at 9am, with a same day primetime encore at 8pm

While criticising Joel (Garrett Hedlund) for not telling her about his girlfriend, Laura (Maya Kazan), Olivia (Sharon Stone) finds herself emotionally drawn to Eric (Frederick Weller), who suggests they meet with Michael (James Ransone) and Tom (Michael Cerveris) about financing an expansion of Mosaic to other cities. 

Eric’s secretive employer chafes over Eric’s slow progress in getting Olivia to sell her property, and is floored when Eric announces he’s quitting the scam and will come clean to Olivia. That decision triggers a chain of events that ends with Olivia vanishing on New Year’s Day – and Eric targeted as the prime suspect in her disappearance. Written by Ed Solomon; directed by Steven Soderbergh.


Episode #3

Premieres same time as the U.S. on Thursday, January 25 at 9am, with a same day primetime encore at 8pm

Alan Pape (Beau Bridges), a longtime veteran of the police department, is hired by Tom Davis (Michael Cerveris) to run a lucrative private-security operation in Summit. After a break in Olivia’s case, Eric’s sister, Petra (Jennifer Ferrin), queries Summit detective Nate Henry (Devin Ratray) about alibis, and heads to Louisiana to track down Joel (Garrett Hedlund), who’s relocated there with Laura (Maya Kazan). Reluctantly, he agrees to return to Summit with Petra, and ends up scouring the local bars in search of a mysterious intruder. Written by Ed Solomon; directed by Steven Soderbergh.


Episode #4

Premieres same time as the U.S. on Friday, January 26 at 9am, with a same day primetime encore at 8pm

Joel’s (Garrett Hedlund) New Year’s Eve whereabouts comes under increased scrutiny after his bar buddy, Frank (Jeremy Bobb), admits to Nate (Devin Ratray) and Petra (Jennifer Ferrin) that their alibi was bogus. A visit to a New Year’s reveler clears up one issue, but the timing of another remains unclear. Written by Ed Solomon; directed by Steven Soderbergh.


Episode #5

Premieres same time as the U.S. on Saturday, January 27 at 9am, with a same day primetime encore at 7pm

Though he has suspicions that the wrong man is in prison, Nate (Devin Ratray) faces major obstacles as he tries to get a subpoena on a closed case. Eric (Frederick Weller) is dogged by allegations stemming from an earlier mysterious death. An increasingly paranoid Joel (Garrett Hedlund) weighs his options as evidence against him mounts. Written by Ed Solomon; directed by Steven Soderbergh.



Episode #6 (finale)

Premieres same time as the U.S. on Saturday, January 27 at 10am, with a same day primetime encore at 8pm

Determined to uncover the missing pieces of the Summit murder puzzle, Petra (Jennifer Ferrin) turns up the heat on JC (Paul Reubens), Alan (Beau Bridges) and Tom (Michael Cerveris) while probing the mining history of several interconnected Summit properties. After getting the cold shoulder from the lead prosecutor on a closed case, she finds herself treading on dangerous ground as the truth – or what she hopes is the truth – is finally revealed. Written by Ed Solomon; directed by Steven Soderbergh.

[CREDIT PHOTO: HBO]
,

TAHUN 2017 sudah hampir ke penghujungnya… jom kita lihat top 5 filem Melayu paling meletop  dan merudum kutipan tiketnya pada tahun ini di pawagam.


Kutipan filem paling tinggi


1. Abang Long Fadil 2: RM18.1 juta




2. J Revolusi: RM7.1 juta




3. Tombiruo: RM5.9 juta




4. Bisik Pada Langit: RM2.4 juta



5. Pinjamkan Hatiku: RM1.1juta



Kutipan paling rendah


1.  Spy In Love: RM4,059.00




2. Luqman: RM4,085.00



3. Mendidih Bro: RM4,090.84



4. Kamar Seksa: RM15,034.20




5. Kerja Kahwin: 15,293.76


[SUMBER: FINAS]

28 Dis 2017

,

KISAH pembongkaran rahsia lampau yang berkait dengan latar belakang tiga orang pemuda melatari drama bersiri Korea terbaharu bertajuk “Healer” yang disiarkan RTM mengisi slot Kristal di TV2.

Sedang bersiaran setiap Isnin dan Selasa, pukul 8.30 malam, 26 episod siri yang dibintangi oleh Yoo Ji-Tae, Ji Chang-Wook dan Park Min-Young ini bercerita tentang kehidupan kewartawanan seorang wartawan yang menemukan kes yang sangat menarik untuk dirungkaikan. Ia disulami dengan plot kisah percintaan romantis yang turut melatari siri arahan Lee Jung Sub dan Kim Jin Woo ini.

Saksikan perjalanan kisah Kim Moon-ho seorang wartawan terkenal di salah satu stesen penyiaran. Namun secara tidak sengaja Kim Moo-ho berdepan dengan satu kes yang telah puluhan tahun menjadi misteri dan tidak pernah selesai.




Kes tersebut ternyata melibatkan sekumpulan petugas yang menjalankan sebuah stesen penyiaran haram. Kemudian Kim Moo-ho dengan sengaja cuba mendekati kumpulan yang terlibat dalam kes ini untuk membantu mereka menyelesaikan kes yang telah lama menjadi misteri itu.

Dalam usahanya untuk menyelesaikan kes tersebut, Kim tidak keseorangan kerana dia dibantu oleh seorang wartawan internet (blogger) iaitu Chae Yong-shin dan Seo Jung-hoo, seorang pemuda misteri digelar ‘Healer’ yang kebetulan memiliki kelebihan dalam hal perjuangan.

Mereka bertiga saling berkerjasama untuk merungkai kes ini malah pada masa sama mereka juga menjadi wartawan yang amat disegani. Namun dalam perjuangan mereka untuk menemukan kebenaran, mereka harus berdepan dan berurusan dengan konflik kebenaran yang menyiksakan. 

Bagaimanakah cerita selengkapnya tentang perjuangan mereka? Ikuti kesudahannya dalam siri romantik, komedi dan thriller ini di TV2.



Healer
Bahasa: Korea
Episod: 26
Hari: Isnin dan Selasa
Masa: 8.30 Malam
Saluran: TV2 (Kristal)
Pelakon: Yoo Ji-Tae, Ji Chang-Wook, Park Min-Young
,

TIDAK dapat dinafikan media sosial memainkan peranan yang cukup penting pada era ini. Boleh dikatakan setiap mempunyai akaun media sosial mereka yag tersendiri tidak kiralah apa latar belakang mereka.

Namun laman media sosial yang sering menjadi perhatian tentulah yang milik artis dan selebriti di mana setiap daripada mereka mempunyai jumlah pengikut yang cukup tinggi.

Jom kita tengok top 5 Instagram selebriti Malaysia paling ramai pengikut. 

27 Dis 2017

,

PERNAHKAH anda mendengar penyakit ‘psikopat’? Realitinya penghidap penyakit ini wujud di persekitaran kita. Seringkali kita mendengar istilah psikopat atau mengatakan seseorang memiliki keperibadian psiko. Sebenarnya apakah yang dimaksud dengan psikopat atau psiko? 

Antara ciri-ciri perilaku termasuklah antisosial, tidak memiliki rasa simpati, dan tindakannya begitu berani hingga adakalanya tidak terkawal. Ciri psikopat yang lainnya adalah tidak rasa bersalah jika melakukan kesalahan, termasuk melakukan tindakan jenayah.

Cuba memberi pendedahan kepada masyarakat tentang wujud dan bahayanya penyakitnya ini, RTM membawakan telemovie bertajuk 'Psikopat' pada 29 Disember ini, pukul 9.30 malam mengisi slot Citra di TV2.

Ia mengangkat kisah seorang wanita bernama Syirin yang menghadapi perbicaraan di mahkamah atas tuduhan membunuh suaminya. 

Dia cuba sedaya upaya menegakkan kebenaran membela dirinya di mahkamah dengan menyatakan bahawa suaminya, Amirul ialah seorang yang menghadapi gangguan mental. Dia telah melepaskan perasaannya dengan mendera Syirin secara fizikal. 

Malah pada masa sama  juga memukul Syirin dengan tali pinggang dan mengancamnya dengan mengacukan pisau. Tindakan Syirin untuk mempertahankan dirinya dengan menggunakan kayu golf  tanpa diduga telah mengakibatkan kematian Amirul secara tidak sengaja. 

Isteri pertama Amirul bernama Marlia, seorang peguam, tidak dapat terima bahawa suaminya ialah seorang pesakit jiwa dan penyiksa wanita. Dia ingin tahu kisah sebenarnya suaminya terbunuh dan menyiasat perkara ini dan menemui beberapa orang yang mengenali suaminya termasuk Syirin dan Ramly, rakan suaminya. 

Apa yang mengejutkan, Marlia  mendapat tahu dari mereka bahawa dia sendiri merupakan punca arwah suaminya mengalami gangguan mental dan tekanan jiwa. Dia sedar bahawa sikap dan layanannya pada Amirul juga telah menyebabkan Amirul mencari wanita lain dan akhirnya membawa kepada kematiannya.

Begitupun masihkah ada ruang untuk Syirin membela diri sekaligus terlepas daripada tuduhan membunuh secara sengaja? Bagaimana pula situasi Marlia berdepan kenyataan dirinya merupakan penyebab suaminya menjadi psiko? 


Psikopat
Tarikh Siaran: 28 Disember 2017
Hari: Khamis
Masa: 9.30 malam
Saluran: TV2 
Pengarah: Fairuz Loy
Pelakon: Aida Aris, Kenny Ong, El Faeza Ul Haq, Azhan Rani dan Janet Khoo


,

TAKZIAH. Negara baru sahaja kehilangan tokoh Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad yang telah meninggal dunia kira-kira jam 7.30 pagi, 26 Disember 2017.

Shahnon, 84, menghembuskan nafas terakhir di Hospital KPJ Kajang akibat pneumonia telah meninggalkan balu, Datin Wan Fatimah Wan Salleh dan empat anak.

Jenazah disembahyangkan di Surau madani, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sg Tangkas, Bandar Baru Bangi.

Shahnon dilahirkan pada 13 Jan 1933 di Banggul Derdap, Sik, Kedah dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu, Sik dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah. Allahyarham kemudiannya melanjutkan pelajaran di Australian National University, Australia untuk Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Melayu dan menyambung pengajian peringkat Sarjana di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang.

AlFatihah.

26 Dis 2017

,

HAK Mereka Ada Dalam Bahagian Kita, Berzakatlah. RTM berkongsi bagaimana urus tadbir zakat dikelolakan oleh pihak MAIPk, serta kepelbagaian program agihan zakat (melalui ASNAF diiktiraf) yang dilaksanakan menerusi program terbaharu bertajuk 'Jurnal Zakat Perak'.

13 episod yang bersiaran mulai 17 Disember ini, setiap Ahad, pukul 6.30 petang menerusi saluran TV1 ini bertemakan majalah berkaitan dengan bentuk bantuan dan sokongan yang disalurkan oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) kepada penerima terpilih.

Pendedahan dilakukan secara langsung berkaitan pendekatan tentang bagaimana urus tadbir zakat dikelolakan oleh pihak majlis agama. Bantuan serta sokongan yang diberikan telah diperincikan melalui sesi wawancara dengan individu berkaitan sama ada pihak penerima mahupun pemberi bantuan yang berjaya mencapai objektif.

Menampilkan hos Nizal Muhammad antaranya menyingkap bantuan pelajaran ke luar negara oleh MAIPk. Bantuan zakat yang dimaksudkan ialah tawaran Dermasiswa untuk pelajar-pelajar berkelayakan dari Perak khusus dalam bidang pengajian Islam di Universiti Al-Azhar, Kaherah, Mesir. 

Beberapa orang pelajar telah ditemu ramah untuk berkongsi kisah mereka berkaitan dengan bantuan Dermasiswa yang diperolehi. Wawancara bersama Duta Besar Malaysia di Mesir dan Pegawai Atase Pendidikan Perak dipaparkan di mana mereka berkongsi maklumat tentang peranan MAIPk dalam menjaga kebajikan pelajar serta program-program yang dijalankan. 

Aktiviti usrah dan ziarah menunjukkan semangat kekeluargaan yang wujud di kalangan mereka dan pihak MAIPk juga mempunyai bangunan Wisma Perak Darul Ridzuan untuk kegunaan pelajar dari negeri Perak. Rancangan juga memaparkan kisah kejayaan seorang pensyarah Universiti Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar merupakan bekas pelajar tajaan zakat MAIPk. 

Seterusnya Nizal Muhammad menemu bual En. Zainal Mohd Tahir, warga emas yang menjaga adiknya Puan Noorlia yang terlantar akibat pendarahan otak. Beliau dibekalkan dengan motosikal roda 3 untuk membolehkannya mencari barang terpakai untuk dikitar semula atau dijual di kaki lima. 

Turut ditemu ramah En. Mohd Nazrul Hisham, Penolong Pengurus Asnaf, MAIPk yang berkongsi peranan majlis agama berkaitan dengan kes En. Zainal. Ia turut memaparkan kes En. Che Yon Shaari yang juga mendapat bantuan motosikal roda 3 bagi menjalankan perniagaan membekal gas memasak. 

Satu lagi jenis bantuan yang disumbangkan oleh pihak MAIPk iaitu bantuan rawatan Hemodialisis. MAIPK bekerjasama dengan Pusat Hemodialisis Ar-Ridzuan yang mempunyai kepakaran dalam bidang perubatan tersebut. 

Antara pesakit yang ditemu ramah beliau ialah En. Rafique yang sudah menerima bantuan rawatan Hemodialisis selama 4 tahun juga Puan Mariah Khalid yang mencari nafkah dengan menjual bantal kekabu. Kisah En. Jaafar dipaparkan yang menderita sakit buah pinggang tetapi masih meneruskan perniagaan warung roti canai demi untuk menyara keluarganya. 

Ada juga Bantuan Geran Tahunan merupakan sejenis bantuan yang disalurkan oleh MAIPk untuk Sekolah Agama Rakyat Orang Asli Nurul Hidayah, Kg. Kenan, Sungai Siput, Perak. Pembinaan sekolah ini diputuskan setelah pihak majlis menghadapi kesukaran untuk menempat pelajar-pelajar orang asli di sekolah-sekolah sedia ada akibat sikap suka memencilkan diri. 

Ia meliputi pembinaan kelas lengkap dengan asrama, surau serta dewan makan untuk kemudahan pelajar. Paparan aktiviti pelajar disiarkan seperti pembelajaran akademik dan kegiatan ko-kurikulum pasukan pengakap. 

Pihak MAIPk menjalankan kerjasama dengan Akademi Binaan Malaysia (ABM) dalam memberi bantuan pendidikan latihan dan kemahiran kepada pelajar-pelajar asnaf yang dikenal pasti. Mereka yang terpilih akan mengikuti kursus kemahiran tertentu mengikut tempoh yang ditetapkan dan kemudiannya diserap untuk menjalani latihan praktikal di syarikat yang dipilih oleh ABM dan MAIPk sendiri. 

Antara kursus kemahiran yang ditawarkan ialah kursus kemahiran perancah (Scaffolding), pengendalian jentera berat, kimpalan dan pelukis pelan. Kesemua jenis kursus yang ditawarkan adalah menepati piawaian kebangsaan yang ditetapkan oleh Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) bagi menghasilkan pelatih yang berkualiti dan mudah memasuki alam pekerjaan selepas tamat latihan. 

Antara aktiviti yang dijalankan oleh pihak MAIPk dalam mencapai objektif membantu golongan asnaf ialah dengan menganjurkan kem motivasi bagi para pelajar yang terpilih. Kerjasama dilakukan dengan syarikat motivasi tempatan dan program tersebut dijalankan di Kem Motivasi Mawaddah, Batu Kurau, Perak. Program yang dikenali sebagai Kem Motivasi Pemantapan Sahsiah Asnaf diadakan selama 3 hari 2 malam bagi menerapkan nilai-nilai serta ciri-ciri yang diperlukan oleh individu untuk memajukan diri serta keluarga. 

Episod akhir merupakan rangkuman dari episod terdahulu berkenaan peranan dan bantuan yang disalurkan oleh MAIPk dalam bentuk zakat kepada golongan asnaf yang berkelayakan. Wawancara dilakukan dengan Mufti Negeri Perak, Tan Sri Dato’ Seri (Dr.) Haji Harussani yang berkongsi maklumat seperti tujuan, fungsi serta faedah zakat kepada masyarakat. 

Paparan semula pelbagai jenis bantuan dalam episod terdahulu dapat menyingkap dengan lebih jelas berkaitan dengan bentuk bantuan yang disalurkan MAIPk seperti Bantuan Modal Peralatan, Biasiswa, Dermasiswa Luar Negara, Latihan Kemahiran dan lain-lain. 


Jurnal Zakat Perak
Episod:13
Hari: Ahad
Masa: 6.30 petang
Saluran: TV1 
Pengacara: Nizal Mohamad
,

KALI ini read8space menyenaraikan 10 penyanyi remaja popular paling menyinar pada tahun 2017. Kedudukan ini berdasarkan hasil kerja keras mereka merangkumi populariti lagu dan pencapaian kejayaan dalam industri. Jom kita tengok siapa mereka..