Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[Al-Fatihah] Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad meninggal dunia


TAKZIAH. Negara baru sahaja kehilangan tokoh Sasterawan Negara, Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad yang telah meninggal dunia kira-kira jam 7.30 pagi, 26 Disember 2017.

Shahnon, 84, menghembuskan nafas terakhir di Hospital KPJ Kajang akibat pneumonia telah meninggalkan balu, Datin Wan Fatimah Wan Salleh dan empat anak.

Jenazah disembahyangkan di Surau madani, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Sg Tangkas, Bandar Baru Bangi.

Shahnon dilahirkan pada 13 Jan 1933 di Banggul Derdap, Sik, Kedah dan mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu, Sik dan Kolej Sultan Abdul Hamid, Alor Setar, Kedah. Allahyarham kemudiannya melanjutkan pelajaran di Australian National University, Australia untuk Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Melayu dan menyambung pengajian peringkat Sarjana di Universiti Sains Malaysia (USM), Pulau Pinang. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments