24 Dis 2017

INDAH RUHAILAH SELAMAT BERGELAR ISTERI


PENYANYI, Indah Ruhaila selamat bergelar isteri kepada lelaki pilihan hatinya, Ahmad Shariff Ahmad Taufik, dengan sekali lafaz pagi tadi.

Indah menerima mas kahwin sebanyak RM1,000 dalam  majlis akad nikah yang berlangsung sederhana itu di di Bizmillah Wedding Center, Subang Jaya, hari ini.




Majlis yang diadakan secara tertutup itu dihadiri oleh keluarga terdekat dan teman rapat kedua-dua pasangan pengantin baharu.

Sementara itu, majlis resepsi bagi pihak perempuan  malam ini juga diadakan secara tertutup dan akan dihadiri oleh ahli keluarga terdekat serta sahabat rapat sahaja.




Indah dalam pada itu berkata, dia bersyukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang selama ini mendoakan kebahagiaannya.

“Alhamdulillah, Shariff lelaki terbaik yang hadir dalam hidup saya. Terima kasih kepada semua pihak termasuk peminat yang mendoakan saya. 
“Saya dan suami ada merancang untuk berbulan madu selepas ini tetapi masih tidak tahu destinasi pilihan. Doakan kebahagian dan kesejahteraan kehidupan kami suami isteri,” katanya.




Indah turut memohon maaf kepada semua pihak termasuk pihak media kerana mengadakan majlis pernikahan dan persandingan secara tertutup.

“Saya perlu menghormati permintaan kedua kedua-dua pihak. Tiada niat untuk menyembunyikan apa-apa. Saya harap semua memahami keputusan ini. Terima kasih kerana terus menyokong karier saya,” katanya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan