Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[TAHNIAH] HAFIZ SUIP KINI BERGELAR BAPA


TAHNIAH kepada penyanyi Hafiz Suip dan isteri, Nureffy Jasreel Abdullah yang baru sahaja menimang cahaya mati lelaki awal pagi tadi, Ahad, 31 Disember.

Hafiz berkongsi berita gembira itu di laman instagram miliknya dengan memuatkan naik gambar yang menampakkan sebahagian kaki bayi lelakinya itu.



"Assalamualaikum semua. Pertama sekali saya bersyukur kehadrat Illahi di atas kurniaNya cahaya mata yang amat bermakna dalam hidup dan hadiah pembuka tirai untuk tahun 2018 buat hambanya yang lemah ini. 
"Million thanks to my beautiful wife Nureffy Jesreel for giving me the most wonderful yead. Thanks to our parents, family and sahabat as well yang sanggup datang memberikan sokongan moral buat kami berdua. 
"Tidak lupa juga kepada semua yang mendoakan kami berdua. Dan terima kasih juga diucapkan kepada DR. dan kakak-kakak jururawat yang memberikan perkhidmatan terbaik yang menyambut kelahiran anak sulung saya."

Hafiz dan Nureffy mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 yang lalu.

Post a Comment

0 Comments