Hot Posts

6/recent/ticker-posts

ZIZIE EZETTE SELAMAT LAHIR BAYI KEMBAR LELAKI


TAHNIAH. Pelakon yang juga isteri kepada ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Sri Bung Mokhtar, Zizie Ezette selamat melahirkan bayi kembali lelaki di Pusat Perubatan Price Court, Ampang pagi semalam.

Bayi kembar yang comel ini dilahirkan sehari lebih awal daripada tarikah jangkaan doktor dengan berat 2.74kg dan 2.78kg pada jam 5.48 dan 5.50 pagi menerusi kaedah pembedahan.

Menurut pelakon Hero Seorang Cinderellah ini juga, dia menjangkakan kembarnya itu akan lahir pada hari jadinya yang jatuh pada hari ini, 30 Disember, tetapi proses pembedahan perlu dilakukan lebih awal.

Berita gembira ini dikongsikan Zizie menerusi laman Instagramnya petang tadi dengan memuat naik sekeping gambar di hospital  bersama bayi kembarnya.



"A birthday mommy with her two little precious EARLY birthday gift!!! Mommy expected them to arrive today, but they came by suprise via emergency C Section yesterday, Friday 29th of December at 5.48am & 5.50am, weighing 2.74kg (baby boy 1) and 2.78kg (baby boy2). 

"Alhamdulillah, both are healthy babies. Terima kasih yang tak terhingga kepada semua yang telah mendoakan saya."

Zizie mendirikan rumah tangga dengan Bung Moktar pada 2009. 

Post a Comment

0 Comments