16 Nov 2017

AKSI FOTOGRAFI NENEK YANG MENCURI PERHATIAN RAMAI


DI JEPUN, seorang nenek berusia 89 tahun Kimiko Nishimoto, mula menceburi dunia fotografi kira-kira 17 tahun lalu iaitu ketika dia berumur 72 tahun. 

Kini gambar-gambarnya yang cukup bersahaja itu menarik perhatian ramai apatah lagi dengan aksi lucu dan gayanya yang tersendiri itu. 





Pada mulanya Kimiko Nishimoto mendapat ilmu fotografi daripada anaknya yang membuka kelas fotografi untuk pendatang baru ini hanya sekadar untuk mengisi masa luangnya.

Namun, tidak lama selepas itu, Kimiko terus jatuh cinta dengan dunia fotografi dan mula merakamkan gambar dengan aksi mencuit hati bagi mengekspresikan dirinya. 




Bukan itu sahaja, Kimikojuga turut menganjurkan pameran solonya 10 tahun kemudian di muzium tempatan berhampiran kampung halamannya di Kumamoto.

Kini, Kimiko sekali lagi akan mengadakan pameran di galeri gambar Tokyo Epson bertajuk 'Asobakane' (jom bermain). Pameran yang akan diadakan pada 15 Disember 2017 dan 18 Januari 2018 ini bakal menampilkan hasil kerja Kimiko yang tidak pernah ditunjukkan sebelum ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan