Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Perodua MYVI, tampil identiti baharu


PERODUA (Perusahaan Otomobil Sdn Bhd)  melancarkan model Myvi terbarunya dengan rekaan yang lebih terkini

Tampil dengan teknologi terkini dan keselamatan pintar, model ini turut dianugerahkan lima bintang bagi penarafan keselamatan ASEAN NCAP. 





Lebih menarik, Myvi baru ini telah memperoleh tempahan sebanyak 5,000 unit sejak dibuka kepada umum semenjak 9 November lalu di mana ia didatangkan dengan enam varian warna iaitu Ozzy Orange, Mystical Purple, Glittering Silver dan Ivory White.

Model terbaharu Myvi 1.5 liter dan 1.3 liter ini menampilkan enjin Kenderaan Cekap Tenaga (EEV) dan ditawarkan dengan harga sekitar RM44,300 hingga RM55,300.

Model Myvi 1.5 liter dilengkapi enam beg udara manakala model 1.3 liter dilengkapi empat beg udara.








Antara ciri utama model terbaru ini adalah termasuk Amaran Pra Pelanggaran, dan Isyarat Pelepasan Hadapan bagi memberi isyarat kenderaan hadapan sudah bergerak ketika kesesakan lalu lintas. 

Lebih menarik, model terbaru itu juga menampilkan penjimatan bahan bakar antara 20.1 hingga 21.2 kilometer per liter, menjadikan ia 32 peratus lebih cekap berbanding model sebelum ini. 



Post a Comment

0 Comments