15 Nov 2017

FATTAH & FAZURA: APA ADA PADA 23 NOVEMBER?


RIUH rendah dunia hiburan tanah air gara-gara spekulasi kononnya pasangan selebriti terhangat masa kini, Fattah Amin dan Fazura mengadakan majlis pertunangan secara tertutup di kediaman nenek Fazura di Petaling Jaya semalam.

Tidak cukup setakat itu, pasangan popular ini juga dikatakan bakal bernikah di Tanah Suci Mekah, selain mengerjakan ibadah umrah.

Lebih menguatkan lagi spekulasi itu apabila kedua belah keluarga mereka turut menyertai rombongan selain, wakil syarikat pengurusan dan pereka fesyen terkenal, yang juga teman baik Fazura, Rizman.




Bagaimanapun sehingga kini tiada pengesahan yang dibuat oleh Fattah, Fazura, mahupun mereka  yang terdekat dengan pasangan ini. Sebaliknya satu kenyataan media telah diedarkan oleh oleh wakil pengurusan  mereka berdua.

Antara yang menarik perhatian dalam kenyataan media tersebut adalah pasangan ini berjanji untuk mengadakan majlis sidang media pada 23 November depan selepas pulang dari mengerjakan umrah.




Jadi tak perlulah kita buat spekulasi, sebaliknya tunggu sahaja kepulangan mereka nanti. Fattah dan Fazura mula digosipkan selepas masing-masing digandingkan dalam drama Hero Seorang Cinderella.

Apa yang penting, kita doakan yang semoga ibadah umrah mereka dan rombongan dipermudahkan dan berjalan degan lancar. Insya-ALLAH. Amin..

Fattah dan Fazura telah selamat berangkat ke Tanah Suci Mekah tengahari tadi dan dijangka pulang ke tanah air pada minggu depan.


Siaran Akhbar Rasmi
15 November 2017 (Rabu) 
Bismillahirahmanirahim
Dengan izin dari Yang Maha Esa, Fattah Amin dan Nur Fazura telah pun berangkat ke Mekah bagi menunaikan umrah. Perjalanan mereka turut disertai oleh ahli keluarga bagi kedua belah pihak dan wakil pengurusan.
Dengan penuh rendah diri, Fattah dan Fazura ingin memohon seribu kemaafan dan memohon doa dari semua rakan-rakan wartawan dan para peminat semoga umrah mereka dipermudahkan dan berjalan dengan selancar-lancarnya. InsyaAllah.
Berikutan susulan dari perkara ini, pihak Fattah Amin & Nur Fazura akan mengadakan satu sidang media pada 23 November 2017. Lokasi & masa sidang media ini akan kami kongsikan di waktu terdekat ini.
"Terima kasih atas doa-doa kalian dan insyaAllah semoga diberkati dengan umrah yang mabrur," -Fattah Amin & Fazura
Sekian, Terima Kasih. 
B/p:
Fattah Amin & Nur Fazura
#DoaYangBaikBaik #FikirYangBaikBaik

Tiada ulasan:

Catat Ulasan