1 Mac 2017

ARY MALIK MENINGGAL DUNIA AKIBAT KANSER OVARI


PELAKON dan pengacara popular, Ary Malik disahkan meninggal dunia sekitar jam 7.17 petang semalam (28 Februari 2017), di Hospital Ampang setelah lebih setahun menderita Kanser Ovari, tahap empat.

Ari atau nama lengkapnya, Nurita Maliha Aryanee Malik, 46, menghembuskan nafasnya yang terakhir di sisi keluarga termasuk suami dan anak-anaknya selepas kira-kira 10 hari dirawat di hospital itu.

Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam, Taman Ibukota, Setapak kira-kira jam 12.40 malam tadi.

Allahyarham dimasukkan ke Hospital Ampang sejak 18 Februari lalu apabila keadaannya semakin lemah akibat penyakit berkenaan.




Hasil perkahwinannya dengan suami, Shahrul Nizam, Ary dikurniakan tiga orang anak iaitu, Nurh Zoe Iman Malik, 19, Dinda Pelangi Timor Malik, 13, dan Ratu Chinta Mecca Malik, 11.

Ary sebelum ini terkenal dengan program hiburan MTV, Muzik Muzik dan juga merupakan salah seorang daripada peserta Program Masterchef Malaysia.

Alfatihah dan takziah kepada keluarga Allayarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan di tempatkan di kalangan orang beriman.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan