10 Jan 2017

IRAMA POP YEY YEH KEMBALI MENGGEGARKAN ISTANA BUDAYA


ISTANA BUDAYA dengan kerjasama CTRA Production bakal menganjurkan Konsert Gegar Pop Yeh Yeh di Panggung Sari, Istana Budaya pada 3 hingga 5 Mac depan.

Konsert yang akan diiringi  barisan pemuzik Orkestra Tradisional Malaysia ini menampilkan enam bintang popular irama Pop Yeh Yeh iaitu Datuk A.Rahman Hassan, Datuk L.Ramlie, Datuk Jeffrydin, J Sham, Maria Bachok dan A.Ruzaini. 

Tidak sekadar itu, tiga penyanyi muda yang sedang meningkat naik, Aiman Tino, Ayda Jebat dan Janna Nick juga dijangka tampil membuat persembahan bersama bintang legenda ini di pentas yang sama. 

Tiket untuk persembahan ini boleh diperolehi dengan harga RM50, RM80, RM150 dan RM180 menerusi tempahan tiket di website www.airasiaredtix.com atau terus ke laman Facebook: ctraproduction.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan