12 Jan 2017

HOLA! KEITH FOO JELAJAH SPAIN


TARIKAN terbaru program menerusi saluran TVi diteruskan dengan sebuah program travelog, Hola! Spain… Bersama Keith Foo yang berkongsi kisah pengembaraan pelakon terkenal Keith Foo menjelajah lokasi menarik di bumi Sepanyol. 

Program travelog yang diilhamkan oleh pengarah Rahila Ali ini, pastinya membuatkan penonton teruja menantikan penampilan istimewa pengacara dan pelakon berbakat Keith Foo memperkenalkan destinasi indah yang ada di Sepanyol.  

Penjelajahan Keith Foo ke Sepanyol membawa penonton melawat ke lokasi-lokasi bersejarah dan tempat-tempat yang menarik di bumi Sepanyol. Selain itu, pemandangan indah bakal membuatkan penonton menikmati keindahan pemandangan serta memberikan inspirasi dan tips pelancongan. 

Gelagat Keith Foo yang ceria, aktif dan petah berbicara dengan pelancong dan penduduk setempat di Sepanyol menjadikan program ini hidup. 




Malah kelebihan Keith berinteraksi   memperkenalkan keistimewaan produk-produk tempatan seperti seni kraftangan dan masakan tempatan juga pastinya dapat menyuntik keterujaan penonton mengunjungi negara yang dikenali dunia dengan pasukan bola sepak Real Madrid ini. 

Antara tempat menarik yang dikunjungi dan akan dikongsi bersama penonton ialah Madrid, Granada, Valencia dan Savilla.  

Salah satu episod yang akan dikongsi menerusi program ini ialah bandar Seville yang merupakan sebuah ibu kota terbesar bagi autonomi komuniti di Andalusia. 

Seterusnya Keith Foo akan membawa penonton ke La Giralda Tower iaitu satu seni bina keagungan dari empayar Islam yang bertapak beberapa kurun yang lalu, serta monument Christoper Colombus yang terletak berhampiran dengan La Giralda Tower. 

Menariknya penonton turut dibawa ke suatu tempat dikenali sebagai Museo Del Baile Flamenco untuk merasai sendiri apa itu Flamenco. 




Perjalanan seterusnya ialah ke Real Alcazar yang merupakan sebuah istana tertua di Eropah. Episod kali ini mesti ditonton kerana lokasi ini pernah digunakan sebagai latar penggambaran drama bersiri popular, Game Of Throne

Seterusnya menjelajah ke Metropol Parasol yang merupakan struktur binaan daripada kayu yang terbesar di dunia dan ia adalah ikon terbaharu serta tarikan pelancong bertaraf antarabangsa. 

Meskipun, Seville adalah di antara bandar utama di Sepanyol bagi penganjuran acara 'laga lembu', namun kebiasaannya laga lembu akan di anjurkan mengikut musim iaitu pada bulan April hingga Oktober. 

Penonton dibawa ke daerah Malaga untuk merasai suasana hiburan dan pesta yang cukup sinonim dengan gaya hidup masyarakat tempata di daerah tersebut. 

Keterujaan Keith Foo turut dikongsi bersama penonton ke sebuah perkampungan Smurf seperti yang dipaparkan dalam filem Smurf.



Hola! Spain... Bersama Keith Foo
Episod: 13
Hari: Ahad
Masa: 9.30 malam
Saluran: TVi
Pengacara: Keith Foo

Tiada ulasan:

Catat Ulasan