Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Farah Asyikin bertemu pengganti


SELAMAT pengantin baru dan tahniah diucapkan kepada penyanyi Farah Asyikin, 37, yang selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, Raja Iskandar Raja Mukhtaruddin, 51, di Dewan Lavender, Pusat Komuniti Bukit Damansara tengahari tadi.

Farah menerima mas kahwin sebanyak RM80 beserta lima dulang hantaran berbalas tujuh, sementara jumlah wang hantaran pula dirahsiakan.

Perkahwinan ini merupakan kali ketiga buat Farah dan kedua buat Raja Iskandar yang juga duda kepada tiga orang anak. Sementara Farah dalam perkahwinan terdahulu memiliki seorang anak lelaki, Ebrahim Owais, 2 tahun.

“Alhamdulilah, segalanya dipermudahkan dalam perhubungan kami dan seperti tidak percaya kami kini sudah sah bergelar sebagai suami isteri. 
“Saat sah diijabkabulkan, jujurnya saya merasa begitu sebak kerana tidak menyangka sekali lagi bergelar isteri dan ternyata ada hikmah di atas kesulitan yang pernah saya lalui sebelum ini,” ujarnya. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments