![]() |
| Percintaan, konflik keluarga dan rahsia istana warnai Taming the Husband |
Oleh: AILEEN ADAM
DRAMA romantik berlatarkan zaman dinasti China terus mendapat tempat dalam kalangan peminat siri Asia, khususnya menerusi gabungan elemen percintaan, konflik keluarga dan perebutan kuasa.
Menambah pilihan tontonan dalam genre berkenaan, Taming the Husband kini ditayangkan di Disney+ bermula 18 November.
Drama berbahasa Mandarin ini mengisahkan Jin Baozhu, anak perempuan seorang tukang daging yang nekad mengubah nasib dengan menawarkan diri menjadi gundik kepada Xie Yan, pewaris keluarga Xie. Namun, kehidupan Xie Yan berubah selepas dia difitnah terlibat dalam skandal penipuan peperiksaan diraja, sehingga kehilangan kedudukan dan mengalami kecacatan fizikal.
Hubungan mereka kemudian berkembang di tengah-tengah persengketaan keluarga, perebutan kuasa dan konspirasi istana, sekali gus membuka peluang untuk kedua-duanya mengubah nasib masing-masing.
Pertembungan Tiga Watak
Taming the Husband menampilkan Dai Luwa sebagai Jin Baozhu, seorang wanita berpendirian teguh yang nekad mengubah kehidupannya. Xu Yining pula membawakan watak Song Jingxing, doktor berbakat yang mempunyai agenda tersendiri, manakala Lai Weiming memegang watak Xie Yan, pewaris keluarga Xie yang kehilangan kedudukan selepas terpalit dengan skandal peperiksaan diraja.
Drama ini ditulis oleh Wei Jingjing, diarahkan oleh Guo Feng dan Liu Zheng, serta diterbitkan oleh Luo Pan.
Kehadiran Taming the Husband turut menambah pilihan drama berbahasa Mandarin dalam koleksi kandungan Asia di Disney+, yang merangkumi pelbagai genre dan latar penceritaan.
Taming the Husband boleh distrim di Disney+ mulai 18 November. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
%20-%20(1).jpg)
0 Comments