Oleh: SORAYA AFNAN
CERMIN mata hitam hari ini bukan lagi sekadar aksesori pelengkap gaya, malah menjadi item penting yang menggabungkan fungsi dan fesyen dalam kehidupan seharian. Sama ada ketika memandu, menikmati aktiviti luar atau melengkapkan penampilan kasual, pemilihan rekaan yang sesuai mampu menyerlahkan gaya tanpa mengabaikan keselesaan dan perlindungan mata.
Mengambil inspirasi daripada keperluan tersebut, C.Rino by Carlo Rino memperkenalkan koleksi cermin mata hitam terbaharunya yang menampilkan dua rekaan berbeza, C.Rino Halo dan C.Rino Aurelia.
Kedua-duanya direka untuk memenuhi gaya hidup wanita moden dengan menggabungkan estetika malar segar, keselesaan pemakaian serta perlindungan mata dalam satu koleksi.
Selain menampilkan siluet yang mudah dipadankan dengan pelbagai gaya, kedua-dua model menggunakan bingkai ringan yang selesa dipakai sepanjang hari. Ia turut dilengkapi kanta berpolarisasi dengan perlindungan UV400, yang membantu mengurangkan silau dan memberikan penglihatan lebih jelas ketika berada di bawah cahaya matahari.
Dua Rekaan, Personaliti Berbeza
Walaupun berkongsi ciri keselesaan dan fungsi yang sama, C.Rino Halo dan C.Rino Aurelia hadir dengan identiti tersendiri bagi memenuhi cita rasa pemakai yang berbeza.
C.Rino Halo mengetengahkan rekaan moden menerusi bingkai bersudut yang dipadankan dengan kemasan logam, menghasilkan penampilan yang ringkas tetapi sofistikated. Reka bentuknya sesuai dipadankan sama ada untuk gaya kasual mahupun penampilan yang lebih kemas, menjadikannya aksesori serba boleh untuk kegunaan harian. Model ini ditawarkan dalam warna coklat dan biru kelabu.
 |
C.Rino Halo
|
 |
| C.Rino Aurelia |
Sementara itu, C.Rino Aurelia membawa sentuhan klasik menerusi siluet cat-eye yang lembut, sekali gus menyerlahkan penampilan elegan tanpa kelihatan berlebihan. Bingkai asetat yang ringan memberikan keselesaan untuk dipakai dalam tempoh yang lama, sama ada ketika menjalani rutin harian mahupun menghadiri aktiviti hujung minggu. Model ini hadir dalam tiga pilihan warna iaitu brown tortoise shell, hitam dan coklat sederhana.
Dengan gabungan reka bentuk yang versatil, material ringan dan perlindungan mata yang diperlukan untuk kegunaan harian, kedua-dua model ini mencerminkan pendekatan C.Rino by Carlo Rino dalam menghasilkan aksesori yang bukan sahaja melengkapkan penampilan, malah sesuai dipakai dalam pelbagai situasi.
Koleksi C.Rino Halo dan C.Rino Aurelia kini boleh didapati di butik Carlo Rino serta menerusi laman web rasminya.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments