MEI hadir sebagai ruang rehat yang sempurna untuk meluangkan masa di rumah, apatah lagi dengan sambutan cuti panjang seperti Hari Pekerja dan Hari Raya Haji yang memberi peluang untuk melarikan diri seketika daripada rutin harian. Menerusi Prime Video, penonton disajikan dengan pelbagai pilihan tontonan baharu yang merangkumi drama, aksi, romansa hingga ke dunia superhero yang lebih gelap dan sinematik.
Daripada kisah cinta penuh konflik hingga misi perisikan berisiko tinggi, Mei ini memperlihatkan bagaimana Prime Video terus memperluaskan tawaran kandungannya untuk memenuhi pelbagai citarasa penonton global.
Thriller & Spy Drama
Antara sorotan utama bulan ini ialah
Citadel Season 2 yang mula bersiaran pada 6 Mei 2026. Siri ini mengisahkan ejen-ejen elit Citadel yang cuba bangkit semula selepas organisasi mereka dimusnahkan oleh rangkaian Manticore. Apabila ancaman baharu muncul, mereka terpaksa bersatu semula untuk menghentikan konspirasi global yang mampu mengubah masa depan manusia.
Tidak kurang menarik,
Tom Clancy’s Jack Ryan: Ghost War yang ditayangkan pada 20 Mei membawa kembali Jack Ryan dalam misi perisikan paling berisiko apabila sebuah operasi rahsia antarabangsa terbongkar. Dengan ancaman semakin hampir, dia bergabung semula dengan sekutu lama dalam perlumbaan menentang masa untuk menghentikan konspirasi maut.
Romansa & Drama EmosiBagi pencinta kisah cinta dan emosi,
No Place to Be Single (8 Mei) membawa penonton ke sebuah bandar kecil di Tuscany, di mana kehidupan seorang ibu tunggal berubah apabila cinta lama muncul semula bersama rahsia yang mengubah segalanya.
Sementara itu,
Love is Never Gone (8 Mei) menyajikan kisah cinta tragik antara Teo dan Yana yang bermula dengan penipuan, bertukar menjadi cinta, sebelum dihancurkan oleh pengkhianatan dan takdir yang kejam.
Tidak ketinggalan,
It’s Not Like That (15 Mei) mengangkat kisah dua ibu bapa tunggal yang cuba menyesuaikan diri dengan kehidupan baharu selepas kehilangan pasangan masing-masing, namun hubungan yang tidak disangka mula terjalin secara perlahan.
Siri Kampus & Fantasi Moden
Off Campus (13 Mei) pula membawa penonton ke dunia sukan hoki universiti, di mana kisah cinta, persahabatan dan pencarian identiti diri berkembang dalam fasa peralihan ke alam dewasa. Musim pertama menumpukan hubungan 'opposites attract' antara seorang penulis lagu pendiam dan bintang hoki universiti.
Fantasi & Drama EpikSiri ikonik
Good Omens Season 3 (13 Mei) kembali dengan kisah lanjutan Aziraphale dan Crowley yang kini berdepan konflik lebih besar selepas hubungan mereka retak. Dengan misi baharu yang melibatkan takdir dunia, kedua-duanya terpaksa berdepan luka lama dan keputusan yang boleh mengubah segalanya.
Superhero Noir
Menutup senarai,
Spider-Noir (27 Mei) memperkenalkan versi gelap dunia Marvel yang berlatar 1930-an New York. Kisah ini mengikuti Ben Reilly, seorang detektif persendirian yang hidup dalam bayang masa lalunya, sebelum dipaksa menjadi satu-satunya wira yang mampu melindungi kota daripada ancaman yang semakin menghimpit.
Dengan gabungan genre yang luas dan naratif yang pelbagai, Mei di Prime Video memperlihatkan kekuatan platform ini dalam menyajikan hiburan yang bukan sahaja menghiburkan, tetapi juga emosional, sinematik dan penuh variasi.
Daripada kisah cinta yang meruntun jiwa hingga aksi perisikan bertaraf global, setiap judul membawa pengalaman tontonan yang tersendiri untuk diterokai sepanjang bulan ini.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments