‘Hari Berjimat’ — ShopeeFood Tawar Diskaun Sehingga 99%, Penghantaran Percuma dan Ganjaran Menarik


HARI ini, 18 April, pencinta makanan boleh menikmati pelbagai tawaran menarik apabila ShopeeFood Day kembali dengan penjimatan yang sukar untuk dilepaskan.

Bukan sekadar memenuhi selera, kempen ini turut menjanjikan pengalaman lebih berbaloi menerusi kombinasi diskaun besar-besaran, ganjaran eksklusif dan kemudahan penghantaran yang lebih fleksibel.

Sepanjang hari ini, pengguna berpeluang menikmati baucar diskaun sehingga 99 peratus (%) tanpa perbelanjaan minimum di pelbagai peniaga ShopeeFood. Sama ada ingin mencuba menu baharu atau mengulangi hidangan kegemaran, penjimatan yang ditawarkan menjadikan setiap pesanan terasa lebih berbaloi.

Lebih menarik, penghantaran percuma tanpa had turut tersedia dari kedai berdekatan di seluruh negara, termasuk jenama popular seperti Mixue, Bask Bear dan Pizza Hut.

Baucar, Shopee Live & Hadiah Eksklusif

Bagi memastikan peluang ini tidak terlepas, baucar diskaun akan dilepaskan pada lima waktu berbeza iaitu 9 pagi, 11 pagi, 3 petang, 5 petang dan 7 malam. Ini memberi ruang kepada pengguna untuk merancang pesanan mereka sepanjang hari dengan lebih strategik.

Selain penjimatan pada pesanan makanan, ShopeeFood Day turut menawarkan pengalaman interaktif menerusi Shopee Live. Dua sesi siaran langsung akan berlangsung dari 12 tengah hari hingga 2 petang serta 6 petang hingga 8 malam, di mana pengguna berpeluang memenangi pelbagai ganjaran menarik.


Antaranya termasuk sehingga 250,000 Shopee Coins, baucar bernilai sehingga RM10,000 serta hadiah eksklusif bernilai RM7,000 bagi mereka yang membeli baucar ShopeeFood ketika sesi berlangsung.

Turut menjadi tumpuan ialah tawaran pelbagai hadiah menarik yang merangkumi peralatan rumah dan barangan gaya hidup seperti Dreame Vacuum Cleaner, Philips Airfryer, kad hadiah Lululemon, Xiaomi Smart Humidifier serta Touch ‘n Go eWallet reload pins.

Dalam masa sama, pengguna juga boleh memaksimumkan penjimatan dengan memanfaatkan kelebihan Shopee VIP. Bagi pelanggan baharu, baucar diskaun sehingga 99% tanpa perbelanjaan minimum ditawarkan, manakala pelanggan sedia ada boleh menikmati potongan sehingga RM20 bagi setiap pesanan.

Tambahan pula, diskaun 25% untuk pilihan ambil sendiri memberi lebih fleksibiliti kepada pengguna yang ingin berjimat tanpa bergantung sepenuhnya kepada penghantaran.

Menariknya lagi, sehingga 30 April, pelanggan Shopee VIP boleh menikmati diskaun 50% secara eksklusif untuk semua pesanan dari Mixue. Ini termasuk pilihan popular seperti Creamy Mango Boba, O-Crispy Sundae dan Super-Triple Milk Tea, menjadikan tempoh ini antara waktu terbaik untuk menikmati hidangan kegemaran pada harga lebih rendah.

Lebih daripada sekadar kempen promosi, ShopeeFood Day pada 18 April hadir sebagai peluang untuk menikmati pengalaman memesan makanan yang lebih bernilai.

Dengan gabungan diskaun tinggi, penghantaran percuma dan ganjaran menarik, ia terus menjadi antara kempen paling dinanti dalam kalendar beli-belah digital.

Bagi mereka yang ingin menikmati lebih banyak kelebihan, percubaan percuma Shopee VIP selama sebulan turut ditawarkan. Maklumat lanjut mengenai kempen ini boleh didapati di laman web rasmi Shopee. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments