| Jennie mengungguli Daesang Artis of the Year dan Stray Kids memenangi Daesang Album of the Year | FOTO: Golden Disc Awards |
Oleh: AILEEN ADAM
MALAM kemuncak Golden Disc Awards (GDA) ke‑40 yang diadakan di Taipei Dome, Taipei, Taiwan, paa 10 Januari lalu menjadi pentas paling dibualkan dalam kalendar K‑Pop global.
Edisi terbaharu ini menampilkan barisan artis tersohor, persembahan pentas memukau, serta detik kemenangan yang akan terus menjadi perbualan peminat muzik K-Pop dari seluruh dunia.
Sebagai salah satu acara anugerah muzik paling berprestij di Korea, GDA menilai pencapaian artis berdasarkan prestasi jualan album, kekuatan digital, dan penilaian profesional industri sepanjang tahun.
Malam itu menyaksikan dominasi luar biasa Jennie, apabila anggota BLACKPINK yang turut aktif sebagai solois itu dinobatkan sebagai pemenang Daesang ‘Artist of the Year’, penghormatan tertinggi yang mencerminkan impak keseluruhan dan prestasi luar biasa sepanjang 2025.
Penyanyi yang bakal menginjak usia 30 tahun pada 16 Januari itu juga meraih Global Impact Award, sekali gus mengukuhkan kedudukannya sebagai salah seorang artis paling berpengaruh dalam muzik K‑Pop masa kini. Tidka hanya itu, lagu solo hitnya Like Jennie dan single bersama BLACKPINK, Jump turut memenangi Best Digital Song (Bonsang).
Selain dominasi kemenangan yang diraih, Jennie turut mencipta momen paling menarik malam itu menerusi persembahannya yang viral di media sosial. Dia membawakan medley Filter, Damn Right, dan Like Jennie dengan pentas penuh tenaga, visual menawan, dan koreografi mantap.
Persembahan ini bukan sekadar tontonan biasa, tetapi segmen ini menjadi salah satu persembahan yang paling dibincangkan di internet selepas malam penganugerahan, sekali gus menegaskan statusnya sebagai artis berpengaruh global.
Sementara itu, Stray Kids merangkul gelaran Daesang 'Album of the Year' melalui album Karma, yang mencatat prestasi jualan dan dominasi carta sepanjang 2025, sekali gus menegaskan kekuatan kumpulan tersebut dalam lanskap muzik global.
G‑Dragon pula menerima Daesang 'Song of the Year' untuk lagu hitnya Home Sweet Home, memperlihatkan kualiti karya dan pengaruhnya yang terus relevan dalam industri muzik Korea.
GDA 2026 bukan sekadar majlis penyampaian anugerah semata, ia menampilkan pelbagai momen menarik daripada bariasan popular yang hadir termasuk deretan persembahan menarik daripada IVE, Le Sserafim, Enhypen, Seventeen Dan Zerobaseone yang membawa pengalaman audiovisual menghiburkan dan penuh tenaga kepada penonton di arena dan peminat di seluruh dunia.
Menariknya, acara ini juga memberi ruang kepada bakat‑bakat baharu untuk bersinar di mana kategori seperti Rookie Artist dan Next Generation Award membuka peluang kepada mereka untuk menerima pengiktirafan bagi sumbangan sepanjang tahun.
Secara keseluruhan, GDA 2026 menutup tirainya sebagai malam gemilang yang meraikan bakat, kreativiti, dan persembahan hebat K‑Pop. Dari pentas yang memukau hingga momen viral yang menjadi bualan peminat, malam itu meninggalkan kenangan manis dan inspirasi yang akan terus diingati dalam industri muzik. - 7KLIK
| Stray Kids, IVE, Le Sserafim dan Enhypen | FOTO: Golden Disc Awards |
Daesang Artist of the Year: Jennie
Daesang Album of the Year: Stray Kids – Karma
Daesang Song of the Year: G‑Dragon – Home Sweet Home
Global Impact Award: Jennie
Best Digital Song: Jennie, Rosé, BLACKPINK, G‑Dragon, BoyNextDoor, Le Sserafim, Aespa, IVE, Zozazz dan Allday Project
Best Album: IVE, NCT Wish, Ateez, Enhypen, Seventeen, Zerobaseone, TXT
Best Group: Monsta X
Best Performance Award: Izna & TWS
Golden Choice: Close Your Eyes & Arrc
Next Generation Award: KiiiKiii
Rookie Artist of the Year: Cortis & Allday Project
Cosmopolitan Artist Award: IVE
Naver AI Choice Award: BoyNextDoor
Most Popular Artist Award: JIN (BTS) & Hearts2Hearts
ARTIKEL LAIN:
0 Comments