MMA2025: G-Dragon Ungguli 7 Kemenangan, Persembahan Jennie Jadi Sorotan Utama

Jennie dan G-Dragon cipta momen tersendiri di MMA2025

Oleh: AILEEN ADAM
SEOUL 
sekali lagi menjadi saksi momen bermakna apabila Melon Music Awards 2025 (MMA2025) berlangsung dengan meriah di Gocheok Sky Dome, Sabtu lalu.

Acara
tahunan yang sentiasa dinanti ini bukan sekadar meraikan carta dan angka penstriman, tetapi menjadi pentas untuk meraikan perjalanan seni, evolusi muzik dan pengaruh global K-pop sepanjang tahun 2025.

MMA
sememangnya dikenali sebagai anugerah yang berpaksikan data digital Melon, namun malam itu membuktikan bahawa emosi, legasi dan impak budaya juga memainkan peranan besar.

Untuk
edisi kali ini, G-Dragon unggul dengan dominasinya menerusi tujuh kemenangan yang diraih daripada album solonya, Übermensch.

Figura
ikonik yang sering dianggap simbol kreativiti K-pop ini membawa pulang tiga trofi utama (Anugerah Daesang) untuk kategori Artist of the Year, Album of the Year dan Song of the Year. Empat lagi kemenangan menerusi Best Solo (Male), Best Songwriter, Top 10 Artist dan Millions Top 10 (Album).

Setiap
kali namanya disebut, dewan bergema dengan sorakan peminat yang mengiktiraf dominasi dan konsistensinya. Kejayaan yang diraih itu membuktikan pengaruh G-Dragon masih utuh dan kekal relevan merentas generasi.

Momen
Memukau, Detik Bersejarah

Walaupun
G-Dragon mendominasi kemenangan, Jennie, turut menjadi sorotan utama apabila anggota BLACKPINK itu mencipta sejarah tersendiri dengan memenangi Record of the Year, salah satu kategori utama acara itu.

Kemenangan
itu diperoleh menerusi album solo pertamanya, Ruby yang memuatkan deretan hits termasuk Like Jennie, Mantra, ExtraL, Handlebars dan Love Hangover, sekali gus menjadikan Jennie sebagai solois pertama yang memenangi kategori tersebut.

Selain
itu, Jennie turut menerima pengiktirafan Top 10 Artist dan Millions Top 10, mengukuhkan lagi kejayaannya dari sudut prestasi digital dan sokongan peminat

Kejayaan
ini bukan sahaja menandakan pencapaian besar dalam kerjaya solonya, malah meletakkan Jennie sebagai antara figura paling berpengaruh dalam landskap muzik Korea tahun ini.

Selain
momen kemenangannya, bintang berusia 29 tahun itu juga menjadi bualan hangat menerusi persembahan memukau yang ditampilkan di pentas MMA2025 ini.

Jennie yang membawakan lagu Seoul City, Zen dan Like Jennie tampil penuh karisma dengan visual yang dirancang rapi, susunan koreografi mantap dengan formasi 50 penari latar, serta aura yang benar-benar memberikan impak kepada tontonan.

Aksi
tersebut bukan sekadar persembahan, tetapi pernyataan bahawa Jennie kini berdiri kukuh atas namanya sendiri sekali gus mencerminkan fasa baharu dalam perjalanan seninya sebagai solois.



MMA2025 turut menyaksikan pelbagai kemenangan dan persembahan menarik lain. Antaranya Hearts2Hearts muncul sebagai New Artist of the Year, memberi isyarat kemunculan generasi baharu yang bersedia menggegarkan industri.

IVE pula
terus membuktikan konsistensi mereka apabila dinobatkan sebagai Best Group, sementara barisan artis seperti aespa, ZICO, Jay Park, EXO, PLAVE dan BOYNEXTDOOR menghidupkan malam anugerah dengan persembahan yang bertenaga dan penuh warna.

Acara anugerah ini 
bukan hanya tentang legasi tertentu, tetapi pentas ini juga meraikan kebangkitan dan kesinambungan artis yang membentuk wajah industri hari ini. Daripada bakat baharu, kumpulan popular, sehinggalah solois yang semakin berani bereksperimen dengan identiti muzik masing-masing.

Sebagai
salah satu anugerah muzik paling berprestij di Korea Selatan, MMA sentiasa menjadi penanda aras kejayaan berdasarkan gabungan data penstriman, jualan dan undian peminatNamun MMA2025 membuktikan bahawa di sebalik statistik, muzik tetap tentang cerita, emosi dan hubungan antara artis dengan pendengar.

Secara
keseluruhannya, tahun 2025 adalah tahun di mana legasi dan generasi baharu berdiri seiring. Namun di tengah-tengah sorotan itu, nama seperti G-Dragon dan Jennie kekal menjadi simbol bagaimana K-pop terus berkembang tanpa kehilangan jiwanya - 7KLIK


Senarai Penuh Pemenang MMA2025

Anugerah Utama (Daesang)

Record of the Year:
Jennie

Artist of the Year:
G-Dragon

Album of the Year:
Übermensch (G-Dragon)

Song of the Year:
Home Sweet Home (G-Dragon feat. Taeyang &
Daesung)

Kategori Lain

TOP 10 Artist
Aespa, PLAVE, IVE, G-Dragon, Rosé, Lim Young Woong, Jennie, NCT WISH, RIIZE dan BOYNEXTDOOR

Millions TOP 10 (Album):
Rosé (Rosie), SEVENTEEN (Happy Burstday), IU (A Flower Bookmark, Pt. 3), Lim Young Woong (Im Hero 2), Jennie (Ruby), BOYNEXTDOOR (No Genre), G-Dragon (Übermensch), IVE (Ive Empathy), PLAVE (Caligo Pt.1) dan RIIZE (Odyssey)

New Artist of the Year:
ALLDAY PROJECT & Hearts2Hearts

Best Solo (Male):
G-Dragon

Best Solo (Female):
Ros
é

Best Group (Male):
BOYNEXTDOOR

Best Group
(Female):
IVE

Best Performance (Male):
RIIZE

Best Performance (Female):
ILLIT

Stage of the Year:
Aespa

Best Music Video:
KiiiKiii (I Do Me)

Best Songwriter:
G-Dragon

Best Producer:
Zico

Global Artist:
Aespa

Global Rising Artist:
IDID

1theK Global Icon:
KiiiKiii

Japan Favorite Artist by U-NEXT:
BOYNEXTDOOR

Hot Trend:
WOODZ

Berriz Global Fan’s Choice:
Hearts2Hearts

KakaoBank Everyone’s Star:
NCT WISH

Track Zero Choice:
Goodbye, My Summer
(Hanroro)

ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments