Oleh: AILEEN ADAM
MELON Music Awards 2025 (MMA2025) bukan sekadar tentang trofi dan carta streaming tetapi ia juga penuh dengan fakta menarik, momen behind-the-scenes, dan kejutan yang buat peminat K-pop teruja.
Dari dominasi G-Dragon dengan tujuh trofi, hinggalah Jennie yang memukau pentas dengan aura tersendiri, malam kemuncak itu memang penuh cerita.
Jom tengok beberapa trivia & fakta menarik yang mungkin anda mungkin tidak tahu tentang MMA2025.
1. Durasi Empat Jam
MMA2025 berlangsung lebih empat jam, menjadikannya antara edisi terpanjang dalam sejarah acara ini. Gabungan anugerah, ucapan emosi dan persembahan berskala besar.
2. Gocheok Sky Dome
Lokasi ini sekali lagi dipilih kerana ia antara venue tertutup terbesar di Seoul dan mampu menampung produksi pentas bersaiz stadium, termasuk set bergerak dan visual LED 360 darjah.
3. Solois Pertama
Jennie mencipta sejarah sebagai solois pertama yang memenangi Record of the Year, satu kategori Daesang yang tidak pernah dimenangi artis solo sebelum ini.
4. 50 Penari
Persembahan Jennie melibatkan 50 penari latar dengan pertukaran formasi pantas memberi impak pentas luar biasa. Sesi latihan dikatakan berlangsung selama beberapa minggu untuk memastikan setiap gerakan seiring dengan lagu yang disampaikan sebagai satu naratif visual.
5. Pemenang Sama Dalam Satu Segmen
G-Dragon menerima lebih tiga trofi dalam satu segmen sama (daesang), menyebabkan susunan acara perlu disesuaikan secara langsung. Situasi yang jarang berlaku tetapi mencerminkan dominasinya tahun ini.
6. Standing Ovation
Beberapa artis dilihat memberi standing ovation sesama sendiri di dalam dewan, menunjukkan sokongan industri yang kuat walaupun persaingan carta sangat sengit sepanjang 2025.
7. Kuasa Penstriman
Kategori Top 10 Artist dan Millions Top 10 kekal menjadi antara segmen paling dinanti kerana ia mencerminkan kuasa sebenar penstriman dan kesetiaan fandom sepanjang tahun, bukan keputusan juri semata-mata.
8. Kawalan Pergerakan
Di belakang pentas, setiap artis mempunyai jadual pergerakan ketat, termasuk masa naik turun pentas yang diatur minit ke minit bagi mengelakkan gangguan siaran langsung.
9. Visual Berimpak
MMA2025 menampilkan lebih banyak kolaborasi visual berbanding edisi sebelumnya, dengan fokus kepada penceritaan konsep, bukan sekadar persembahan lagu secara back-to-back.
10. Produksi Mega
Walaupun dikenali sebagai anugerah berasaskan data digital, MMA semakin menonjol sebagai 'show experience', setanding konsert mega dari segi produksi dan impak visual.
11. Ramalan Pemenang
MMA2025 mengekalkan identiti 'data-driven award' dan disebabkan itu beberapa pemenang yang diumumkan kelihatan predictable bagi peminat tegar carta, satu ciri unik yang membezakan MMA daripada anugerah lain.
12. Konsep, Naratif Persembahan
Edisi tahun ini menyaksikan susunan persembahan lebih berkonsep berbanding kronologi populariti, menunjukkan fokus produksi kepada penceritaan pentas, bukan sekadar giliran artis popular.
13. Kategori Tumpuan
Kategori Daesang diumumkan di bahagian akhir acara tanpa banyak 'teaser dramatik', satu pendekatan yang lebih tenang tetapi memberi impak emosi kuat kepada pemenang.
14. Momen Spontan
Interaksi spontan artis di tempat duduk menjadi antara klip paling cepat tular di media sosial Korea, walaupun bukan sebahagian daripada siaran rasmi.
15. Reaksi Tulen
Kamera siaran MMA terkenal dengan 'reaction shot' yang minimum manipulasi, menjadikan reaksi artis kelihatan lebih tulen berbanding acara yang terlalu berfokus dramatik.
16. Live Vokal
Beberapa persembahan menggunakan live vokal lebih dominan, selari dengan reputasi MMA yang sering dipuji kerana kualiti audio lebih stabil berbanding anugerah lain.
17. Paparan Eksklusif
Visual LED latar pentas direka khas mengikut artis, bukan template umum, menunjukkan pelaburan besar pada produksi individu, walaupun acara berlangsung dalam satu malam sahaja.
18. Suasana Dramatik
Walaupun berlangsung di venue tertutup, suasana MMA 2025 digambarkan seperti konsert stadium, hasil gabungan sorakan peminat, lighting dramatik dan susunan kamera luas.
Di sebalik sorakan, lampu LED dan trofi, MMA2025 memperlihatkan kerja keras yang jarang dilihat peminat, daripada latihan keras artis, susunan pentas yang tepat minit ke minit, hinggalah kolaborasi visual yang membawa setiap persembahan ke tahap penceritaan tersendiri.
Malam itu bukan sekadar tentang siapa menang atau siapa popular, tetapi tentang dedikasi, kreativiti, dan momen spontan yang menjadikan k-pop hidup di atas pentas.
Daripada kejutan di belakang tabir hinggalah reaksi tulen barisan artis, MMA2025 membuktikan bahawa setiap detik, walau sesingkat mana, meninggalkan kesan yang sukar dilupakan. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments