Dari Kilang Lama Ke Hab Gaya Hidup — The Goodday Milk Factory Kini Jadi Nadi Komuniti PJ

The Goodday Milk Factory terletak di Jalan Semangat, Seksyen 13, Petaling Jaya | FOTO: Goodday

MELANGKAH jauh daripada sekadar jenama tenusu di rak pasar raya, Goodday Milk kini memperkenalkan The Goodday Milk Factory (TGMF), destinasi komuniti moden di Seksyen 13, Petaling Jaya yang mentransformasikan ruang industri lama menjadi hab gaya hidup harian.

Dibangunkan dengan pendekatan community-first, TGMF menghimpunkan elemen makanan, kecergasan dan pengalaman sosial dalam satu persekitaran mudah diakses.

Berbeza daripada tarikan bermusim atau lokasi acara sekali kunjung, konsep 'placemaking' ini dirancang mengikut rutin harian masyarakat di mana daripada senaman pagi dan santapan santai, hingga pertemuan petang dan hujung minggu bersama keluarga dan rakan.

Projek ini direalisasikan oleh Lotus Capital, pasukan di sebalik destinasi komuniti popular di Kuala Lumpur yang menggabungkan jenama F&B bebas dan budaya tempatan, dengan kolaborasi bersama Goodday Milk untuk mewujudkan ruang terbuka yang mesra dan sesuai dengan kehidupan seharian.

Melalui TGMF, Goodday Milk memperluas falsafah Healthy Living Made Easy daripada sekadar produk ke pengalaman fizikal, mewujudkan persekitaran yang menggalakkan pemakanan seimbang, pergerakan aktif dan hubungan komuniti.

Transformasi ruang industri lama ini mengekalkan karakter rustik, menjadikan suasana santai, autentik dan dekat dengan pengunjung. Dindingnya dihiasi mural corak lembu yang ceria, meraikan pelbagai personaliti dan momen harian, sejajar dengan visi jenama bahawa hari-hari baik tercipta apabila insan berkumpul bersama.

Ruang Komuniti Gabungkan Makanan, Pergerakan dan Budaya

Menurut Naib Presiden Pemasaran Etika Sdn. Bhd., Amy Gan, falsafah gaya hidup sihat yang mudah diintegrasikan ke dalam rutin harian menjadi pencetus projek ini.

“Susu bermula daripada alam semula jadi, tetapi hari-hari yang baik tercipta bersama manusia. Daripada membina persekitaran terlalu sempurna, kami memilih untuk mengekalkan karakter ruang ini yang autentik, mesra dan dekat dengan komuniti.

"Dengan TGMF, makanan, minuman, keseronokan, kecergasan dan komuniti bersatu. Inilah tafsiran kami terhadap ‘Where Good Days Come Together’,” katanya.



TGMF menghimpunkan operator makanan terpilih, komuniti kecergasan, serta kawasan fleksibel untuk menyokong rutin harian pengunjung.

Antara tarikan utama ialah studio senaman bersekutu HYROX oleh Backyard Training, gelanggang pickleball komuniti oleh The Backyard Pickleball, serta food hall menampilkan jenama tempatan popular seperti Nasi Lemak Burung Hantu bersama minuman Etika termasuk Goodday Milk, Pepsi dan Wonda.

Ruang acara fleksibel turut tersedia untuk perhimpunan komuniti, aktivasi jenama, dan majlis persendirian.

Pengarah Urusan Lotus Capital, Karthiik R. Doraisingam pula menekankan bahawa TGMF direka untuk menyatukan masyarakat melalui makanan, pergerakan dan pengalaman bersama, selaras dengan Visit Malaysia 2026 dan inisiatif placemaking yang berkembang.

Kolaborasi dengan Etika memastikan destinasi ini mudah diterokai, dinikmati dan dikongsi oleh komuniti setiap hari.

Bagi meraikan pembukaan rasmi, 1,500 pengunjung terawal akan menikmati hidangan percuma Nasi Lemak Burung Hantu dipadankan dengan Goodday Milk.

Selain itu, pengunjung boleh mencuba produk Goodday Milk dan minuman Etika lain, sementara persembahan tarian singa tradisional menambahkan suasana perayaan Tahun Baharu Cina yang bakal menjelang. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments