| Dekorasi Tahun Baharu Cina bertemakan ‘Gallops Into Prosperity’ menghiasi Sunway Pyramid, membawa nuansa perayaan yang segar dan bermakna | FOTO: Sunway Pyramid |
TAHUN Baharu Cina sentiasa menjadi musim yang penuh kemeriahan, kepulangan ke pangkuan keluarga, pertemuan semula dengan wajah-wajah yang dirindui, serta detik kebersamaan yang sukar diganti.
Ia adalah masa di mana gelak tawa mengisi meja makan, perbualan berlarutan hingga ke malam, dan keterujaan menyambut permulaan baharu dirasai bersama.
Tahun ini, Sunway Pyramid menghidupkan semula kehangatan tersebut menerusi kempen ‘Galloping Into Prosperity’, satu sambutan perayaan yang mengajak pengunjung meraikan kegembiraan bersama sambil menyambut semangat Tahun Kuda yang penuh momentum.
Ruang legar pusat beli-belah ini diberi nafas baharu dengan gabungan elemen moden dan tradisional Tahun Baharu Cina, mencerminkan keseimbangan antara warisan dan pembaharuan.
Menjadi tumpuan utama adalah sebuah arca kuda emas yang megah, berdiri di atas Zǒu Mǎ Dēng bersaiz besar, sebuah tanglung karusel berputar yang menampilkan kuda-kuda berlari, melambangkan pergerakan, kekuatan dan kemajuan.
Enam ekor kuda berwarna-warni yang menghiasi tanglung ini direka khas oleh pensyarah seni dari Sunway University, membawa simbol kegembiraan serta tuah kepada pengunjung yang menyaksikannya.
Selain itu, pengunjung juga boleh singgah ke Fortune House of Blessings untuk mencuba nasib dan merakam momen perayaan bersama keluarga dan rakan di Lanternlight Photobooth, menjadikan kunjungan ke Sunway Pyramid lebih bermakna dan penuh kenangan.
Menurut Pengurus Besar Kanan Sunway Pyramid, Sunway Giza dan Sunway Square, Jason Chin, simbolisme Tahun Kuda selari dengan hala tuju pusat beli-belah tersebut.
“Tahun Kuda melambangkan kekuatan, momentum dan kemajuan. Nilai-nilai ini sangat dekat dengan pendekatan kami di Sunway Pyramid, ketika kami terus berkembang untuk memberi perkhidmatan yang lebih baik kepada komuniti.
"Kami juga berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada detik perayaan ini, di mana tradisi terus dipelihara dan memori baharu dicipta bersama ketika menyambut Tahun Baharu Lunar,” ujarnya.
Muzik, Interaksi & Detik Perayaan Lebih Bermakna
Sambutan Tahun Baharu Cina sememangnya sinonim dengan muzik dan persembahan, dan tahun ini Sunway Pyramid membawa dimensi baharu melalui kolaborasi istimewa bersama pencipta kandungan keluarga popular, The Kuans.
Buat pertama kalinya, set muzik video Tahun Baharu Cina The Kuans direplikasi di sekitar Sunway Pyramid, menambahkan elemen interaktif dan keseronokan kepada pengalaman pengunjung.
Pengunjung turut dapat melihat semula elemen set daripada beberapa muzik video Tahun Baharu Cina oleh The Kuans, yang disediakan sebagai latar interaktif untuk merakam momen perayaan atau menghasilkan kandungan kreatif sendiri.
Aktiviti ini disertakan dengan cabutan bertuah dan ganjaran eksklusif bagi peserta terpilih, sebagai sebahagian daripada usaha menghidupkan suasana perayaan di seluruh ruang pusat beli-belah.
| | FOTO: Sunway Pyramid |
Di seluruh pusat beli-belah, pengunjung juga boleh meneroka bazar perayaan dan pop-up khas yang menawarkan pelbagai juadah serta hamper Tahun Baharu Cina, sesuai untuk majlis rumah terbuka dan hadiah bermusim.
Pada hujung minggu terpilih dan cuti umum, suasana perayaan diserikan lagi dengan persembahan tradisional seperti tarian singa akrobatik dan paluan gendang dinamik, mencipta suasana yang meriah dan sarat dengan elemen budaya.
Melengkapkan pengalaman perayaan ini, Sunway Pyramid turut menawarkan Prosperous Redemptions yang membolehkan pembelian harian ditukar kepada ganjaran perayaan, menambah lapisan kegembiraan sepanjang musim sambutan. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments