 |
| Para penghuni dan sukarelawan berkongsi detik penuh keceriaan ketika meraikan Marvellous CNY bersama, dimeriahkan dengan hiasan perayaan, hadiah bermakna serta kehadiran maskot PANDAi MR D.I.Y. | FOTO: Yayasan MR D.I.Y |
SETIAP kali tibanya Tahun Baharu Cina, suasana dipenuhi warna merah yang membara, lampu tanglung yang bersinar lembut dan semangat kebersamaan yang begitu terasa. Namun di sebalik kemeriahan itu, masih ada komuniti yang menyambut perayaan dalam suasana apa adanya. Menyedari hakikat tersebut, Yayasan MR D.I.Y. sekali lagi meneruskan tradisi tahunan mereka dengan menyantuni rumah kebajikan dan pusat jagaan di seluruh Malaysia, memastikan kegembiraan musim perayaan dapat dikongsi bersama mereka yang memerlukan.
Menerusi inisiatif MR D.I.Y. Marvellous CNY, sebanyak 14 buah rumah kebajikan di seluruh negara telah diziarahi. Lawatan ini bukan sekadar simbolik, sebaliknya disertai penglibatan secara langsung oleh pasukan yayasan yang turun padang beramah mesra dengan para penghuni.
Sumbangan keseluruhan berjumlah RM14,000 disalurkan bagi menyokong sambutan perayaan serta membantu memenuhi keperluan harian mereka.
Kotak keperluan khas Marvellous CNY diagihkan kepada rumah anak yatim, rumah warga emas dan pusat yang menyokong individu kelainan upaya. Setiap kotak mengandungi snek tradisi Tahun Baharu Cina serta barangan keperluan rumah yang praktikal. Secara keseluruhan, inisiatif ini memberi manfaat kepada lebih 800 individu di pelbagai negeri, menjadikan musim perayaan kali ini lebih bermakna.
Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan MR D.I.Y., Zaleha Mohd Mydin, menekankan bahawa Tahun Baharu Cina merupakan waktu terbaik untuk berkongsi kegembiraan dan meraikan nilai kebersamaan. Melalui inisiatif ini, pihak yayasan ingin menyampaikan mesej bahawa setiap komuniti, tanpa mengira latar belakang, wajar merasai perhatian dan kehangatan pada musim istimewa ini.
“Kami amat menghargai kerjasama rumah-rumah kebajikan serta para sukarelawan yang telah berganding bahu untuk mencipta detik-detik bermakna sepanjang musim perayaan ini. Selamat Tahun Baru Cina yang penuh kegembiraan dan kemakmuran kepada semua," ujarnya.
Detik Bermakna di Sebalik Senyuman
Suasana sambutan di beberapa lokasi jelas menggambarkan kegembiraan yang tulus. Hiasan tradisional menghiasi ruang, hadiah diserahkan dengan penuh rasa syukur dan kehadiran maskot PANDAi MR D.I.Y. menambahkan lagi keceriaan.
Di Yayasan Sunbeams Home, Cheras, para sukarelawan turut menganjurkan aktiviti perayaan termasuk sesi Lou Sang yang melambangkan kemakmuran dan perpaduan.
Pada kesempatan itu, Naib Presiden Pemasaran Kumpulan MR D.I.Y., Alex Goh, menyampaikan baucar tunai bernilai RM3,000 bagi membantu rumah kebajikan tersebut mendapatkan keperluan harian mereka.
 |
| MR D.I.Y. menyampaikan baucar tunai bernilai RM3,000 kepada Rumah Yayasan Sunbeams sempena inisiatif Marvellous CNY - Tiga dari kanan: Alex Goh, Naib Presiden Pemasaran, dan Elaine Ho, Ketua Jabatan Pemasaran, bersama wakil Yayasan Sunbeams | FOTO: Yayasan MR D.I.Y |
 |
| Yayasan MR D.I.Y. di Rumah Kanak-Kanak Rapha, Kuantan, Pahang | FOTO: Yayasan MR D.I.Y |
Selain Yayasan Sunbeams Home di Kuala Lumpur, sumbangan turut disalurkan kepada Pertubuhan Kebajikan Orang Tua Yi Xing di Selangor, Rapha Children’s Home di Kuantan, Pahang, Pusat Jagaan Rumah Orang-Orang Tua Simee di Ipoh, Perak, Rumah Kasih Sayang SLCH di Melaka, Grace Old Folks Home di Kota Kinabalu, Sabah dan Persatuan Penjagaan Kebajikan Sherun di Skudai, Johor.
Tidak ketinggalan Rumah Damai Kuala Terengganu di Terengganu, Persatuan Kebajikan Hemah Tinggi di Alor Setar, Kedah, House of Hope di Air Itam, Pulau Pinang, Pusat Jagaan Warga Tua Mercy di Seremban, Pertubuhan Orang Cacat Sarawak di Kuching, Rumah Seri Kenangan di Pengkalan Chepa, Kelantan serta Pusat Jagaan Rumah Sejahtera Kaki Bukit di Perlis.
Inisiatif Marvellous CNY ini bukan sekadar tentang pemberian material, tetapi tentang kehadiran, perhatian dan sentuhan kemanusiaan yang sering kali membawa makna lebih besar daripada nilai sumbangan itu sendiri.
Dalam kemeriahan perayaan, usaha seperti ini mengingatkan bahawa kebahagiaan menjadi lebih indah apabila dikongsi bersama.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments