Jenama Tempatan Penuhi Keperluan CNY Moden Dengan Shopee

Clement Lin dan Melody Chong kreatif memanfaatkan platform digital  untuk kembangkan jenama

MENJELANG sambutan Tahun Baharu Cina (CNY), corak perbelanjaan pengguna turut berubah seiring gaya hidup moden.

Jualan CNY Shopee memperlihatkan bagaimana generasi baharu usahawan tempatan membina jenama yang kekal relevan, selari dengan rutin perayaan masa kini. Daripada keutamaan kepada kemudahan dan praktikaliti, pemberian hadiah yang lebih bermakna, hingga persediaan yang lebih terancang.

Melalui capaian nasional Shopee serta sokongan e-dagang yang menyeluruh, jenama tempatan seperti Meet Mee dan Love Knot memanfaatkan momentum musim perayaan ini untuk memudahkan persiapan pengguna, tanpa mengabaikan nilai dan rutin perayaan yang terus disesuaikan dengan gaya hidup moden.

Bagi kebanyakan rakyat Malaysia, pan mee bukan sekadar hidangan, sebaliknya rasa yang dekat dengan memori kebersamaan keluarga.

Menyedari hubungan emosi ini, Meet Mee menjenamakan semula pan mee kejiranan mereka menjadi produk yang boleh dinikmati di mana-mana, membolehkan rasa nostalgia itu dikongsi di luar ruang restoran.

Pelancaran pan mee segera di Shopee membuka laluan kepada pengembangan berskala nasional, sekali gus menjadikannya pilihan hadiah kunjungan CNY yang praktikal dan bermakna. Jenama ini turut memanfaatkan Shopee University serta alat kandungan seperti Shopee Live bagi membina kepercayaan pengguna dan mengurus permintaan di peringkat nasional.

Pendekatan digital ini mencapai kemuncaknya pada 2022 apabila Meet Mee mencatat nama dalam Malaysia Book of Records selepas berjaya menjual 42,601 pek pan mee dalam tempoh satu jam di Shopee.

Pengasasnya, Clement Lin, berkata, pihaknya percaya rasa warisan boleh terus dipelihara walaupun dalam pasaran digital moden.

“Shopee membolehkan perkara ini direalisasikan melalui alat analitik data, platform penstriman langsung dan ekosistem e-dagang yang menyeluruh,” katanya.

Menyesuaikan Tradisi Dengan Gaya Hidup Moden

Dalam konteks CNY, perancangan pembelian sering dibuat dengan tujuan yang jelas, termasuk pemilihan pakaian untuk makan besar, kunjungan dan perayaan.

Bagi jenama Love Knot pula, perubahan ke arah pembelian yang lebih berfokus ini membentuk strategi persiapan mereka di Shopee.

Bermula sebagai jenama fesyen sopan yang berkembang melalui promosi mulut ke mulut, Love Knot memanfaatkan kempen fesyen seperti Get Ready With Shopee (#GRWS) bagi merancang inventori, menyusun koleksi perayaan dan meningkatkan keterlihatan menjelang tempoh permintaan tertinggi.

Menurut pengasasnya, Melody Chong, Tahun Baharu Cina adalah waktu pelanggan membeli dengan niat yang jelas, termasuk bagaimana mereka mahu menampilkan diri sepanjang musim perayaan.

“Shopee membantu kami membuat persiapan lebih awal, jadi apabila permintaan memuncak, kami boleh memberi tumpuan kepada pengalaman pelanggan yang lancar,” katanya.

Hasil persediaan ini, Love Knot merekodkan pertumbuhan jualan melebihi 40 peratus sepanjang Jualan CNY, disokong oleh peningkatan kadar penukaran dan kehadiran pembeli baharu. Penggunaan Shopee Live dan Shopee Video turut membantu pengguna membayangkan padanan lengkap untuk pelbagai acara perayaan.

Kejayaan Meet Mee dan Love Knot mencerminkan bagaimana jenama tempatan memanfaatkan platform digital untuk memenuhi keperluan CNY yang semakin berkembang, sambil membuka ruang pertumbuhan dalam ekosistem perniagaan digital yang kian matang.  - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments