Taylor Swift Beri Bonus $197 Juta, Hargai Setiap Kru The Eras Tour


Oleh: AILEEN ADAM

BUKAN sekadar retorik, bintang pop dunia Taylor Swift sekali lagi membuktikan sikap besar hatinya dengan menghargai setiap individu yang bekerja keras di sebalik tabir konsert The Eras Tour.


Selepas menamatkan jelajah mega yang mencatat sejarah jualan tiket melebihi USD$2 bilion, Taylor, 36, mengejutkan seluruh kru konsertnya dengan bonus bernilai hampir USD$197 juta (RM906 juta).

Ganjaran itu diberikan kepada semua anggota Eras Tour, termasuk penari, juruteknik, pemandu lori, jurugambar, pengurus pertunjukan dan lain-lain. Ia merupakan penghargaan atas dedikasi mereka sepanjang tour yang berlangsung hampir dua tahun, merentas pelbagai bandar di seluruh dunia.

Lebih daripada sekadar tunai, Taylor turut menulis nota peribadi bertulis tangan untuk setiap kru, lengkap dengan cap lilin khas, menjadikan momen penyerahan bonus itu penuh emosi dan berkesan.

Setiap individu memainkan peranan penting dalam memastikan kejayaan The Eras Tour seperti yang diungkapkan penyanyi itu.

“Bonus ini adalah tanda penghargaan saya atas segala usaha, bakat, dan dedikasi mereka. Mereka layak menerima sepenuhnya penghargaan ini.

“Saya mengambil beberapa minggu untuk menulis nota peribadi untuk setiap kru. Saya mahu setiap daripada mereka tahu betapa saya menghargai usaha mereka kerana mereka menjadikan tour ini benar-benar tidak terlupakan,” ujarnya penuh kejujuran.

Momen indah ini turut dipaparkan dalam docuseries The End of an Era yang kini disiarkan di Disney+, di mana kamera merakam babak eksklusif secara real, sekali gus menonjolkan sisi peribadi Taylor yang jarang dilihat oleh umum.

Reaksi kru ketika menerima bonus juga menyentuh hati peminat, apabila menyaksikan ada diantara mereka hampir pengsan, ada yang menangis gembira, dan ramai yang tidak menyangka penghargaan sebesar itu akan diterima.

Eras Tour: Tour Paling Berjaya dalam Sejarah

The Eras Tour bukan sahaja terkenal kerana persembahan luar biasa Taylor, tetapi juga kerana rekod jualan tiket melebihi USD$2 bilion, menjadikannya tour paling berjaya dalam sejarah. Bonus ini adalah cara Taylor menghargai semua kerja keras di belakang tabir, memastikan setiap persembahan berjalan sempurna dan peminat menerima pengalaman luar biasa.



Bintang kelahiran Pennsylvania, Amerika Syarikat itu sekali lagi menunjukkan bahawa kepedulian terhadap pasukan dan kru di sebalik pentas adalah sebahagian daripada nilai yang dipegangnya.

Dengan bonus $197 juta dan nota terima kasih peribadi, Swift bukan sahaja menghibur peminat, tetapi juga menyentuh hati mereka yang bekerja keras sepanjang tour.

Daripada persembahan di pentas hinggalah ke momen kecil di belakang tabir, Taylor membuktikan bahawa kejayaan bukan sahaja tentang jumlah tiket dijual, tetapi juga tentang menghargai setiap individu yang menjadikan impian itu nyata. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments