Oleh: AILEEN ADAM
BINTANG K-pop sensasi, Lalisa Manobal bakal membuat penampilan sulungnya di dunia filem menerusi nakshah terbaharu Netflix, TYGO.
Dalam filem terbitan Big Punch Pictures dan AGBO, dengan kerjasama Nova Film dan B&C Content itu, Lisa akan bergandingan dengan pelakon aksi Korea Selatan terkenal, Don Lee (Ma Dong-seok), serta Lee Jin-uk.
TYGO merupakan 'spin-off' kepada francais popular Extraction dan dijangka menjadi salah satu produksi aksi terbesar Netflix tahun ini.
Lisa yang juga merupakan anggota kumpulan BLACKPINK itu memegang watak Lia, rakan seperjuangan Tygo (Don Lee) yang mempunyai hubungan rapat seperti adik-beradik sejak zaman kanak-kanak mereka yang penuh cabaran. Ini merupakan peranan utama pertama Lisa dalam filem, selepas penampilan sulungnya menerusi siri The White Lotus awal tahun ini.
| Dari kiri: Dong Lee, Lisa dan Lee Jin-uk |
“Saya amat berbesar hati dapat menjadi sebahagian daripada projek ini dan berpeluang berlakon bersama pelakon-pelakon hebat. Berlakon dalam filem aksi memang impian saya sejak dahulu,” ujar bintang asal Thailand itu.
ARTIKEL LAIN:
0 Comments