BUAT pertama kalinya, peminat hiburan Korea di seluruh dunia boleh menonton MAMA Awards 2025 secara langsung di HBO Max pada 28 dan 29 November ini. Acara anugerah muzik paling berprestij dalam dunia K-pop ini akan disiarkan eksklusif menerusi platform penstriman global tersebut.
Dianjurkan bersama oleh CJ ENM dan Media Asia Entertainment Limited, MAMA Awards tahun ini berpusat pada tema
'Hear My Roar: UH-HEUNG' yang terinspirasi daripada simbol harimau yang melambangkan kekuatan dan semangat Korea.
Bertempat di Kai Tak Stadium, Kompleks Kai Tak Sports Park, Hong Kong, acara ini diraikan sebagai simbol ekspresi diri dan kuasa muzik yang mampu menyatukan peminat dari pelbagai budaya dan latar belakang.
Selama dua malam berturut-turut, pentas MAMA 2025 bakal digegarkan persembahan luar biasa daripada barisan nama besar dunia K-pop.
Antara yang dijadualkan membuat persembahan termasuk Enhypen, Baby Monster, I-Dle, kumpulan legenda Super Junior, serta kumpulan baharu yang bakal debut, Alpha Drive One pada 28 November.
Sementara itu, malam kedua pada 29 November menjanjikan persembahan hebat daripada Cortis, Idid, Stray Kids, serta ikon muzik Korea yang dinanti-nantikan, G-Dragon.
Selain deretan persembahan yang dijangka mencuri perhatian, penonton juga bakal menyaksikan detik bersejarah apabila artis kegemaran mereka diumumkan sebagai pemenang pelbagai anugerah berprestij MAMA secara langsung.
Jangan lepaskan peluang menyaksikan MAMA Awards 2025 secara langsung di HBO Max pada 28 dan 29 November ini.
- 7KLIKARTIKEL LAIN:
0 Comments