Durioo+, platform penstriman selamat dan menghiburkan untuk anak-anak, terus memperkukuh kedudukannya sebagai peneraju hiburan keluarga Muslim dengan tayangan eksklusif filem animasi antarabangsa terbaharu, Goldbeak The Movie, bermula 20 Oktober lalu.
Filem yang sebelum ini pernah ditayangkan di peringkat antarabangsa kini hadir dalam versi bahasa Melayu eksklusif, menampilkan olahan semula yang menekankan nilai Islamik dan mesej positif, menjadikannya pilihan tontonan yang sesuai untuk segenap lapisan umur.
Dalam sesi Tayangan Eksklusif Goldbeak The Movie di Durioo Studioo baru-baru ini, para penonton termasuk pempengaruh dan wakil media berkongsi rasa teruja serta positif terhadap kehadiran filem ini.
Kejayaan ini menandakan kali keenam Durioo+ berjaya menayangkan filem antarabangsa yang dialih suara ke bahasa Melayu secara eksklusif.
Sebahagian daripadanya turut menggunakan teknologi kecerdasan buatan untuk menyesuaikan kandungan dengan nilai tempatan dan Islamik, baik dari segi visual mahupun audio.
Durioo+ sebelum ini mencipta impak besar menerusi tayangan Bilal: Lahirnya Wira Baru dan Cats The Movie, yang mendapat sambutan hangat daripada keluarga di Malaysia.
Helang, Keluarga & Pengembaraan
Goldbeak The Movie diarahkan oleh pengarah animasi Ireland, Nigel W. Tierney, yang pernah menghasilkan muzik video terkenal seperti Bad Bunny, Little Dicky (Earth), dan Jaden Smith (Goku), selain terlibat dalam produksi besar DreamWorks seperti Kung Fu Panda 3, How to Train Your Dragon 2, The Croods, dan Shrek Forever After.
Filem ini turut diarahkan bersama Dong Long, pengarah utama Liangzi Film (China), dengan pelakon suara antarabangsa seperti David Henrie sebagai Goldbeak dan Rachell Hofstetter sebagai adik perempuannya, Ratchet.
Goldbeak menelusuri kisah seekor helang yang dibesarkan oleh keluarga ayam sejak kecil. Terdesak untuk menjadi helang sebenar dan menghadapi desakan ayam-ayam lain yang tidak selesa dengan kehadirannya, Goldbeak mengambil keputusan meninggalkan kampung untuk mencari asal-usulnya bersama kakaknya, Ratchet.
Sepanjang perjalanan, mereka secara tidak sengaja membongkar rahsia gelap ahli keluarga kandung Goldbeak yang berpotensi mengancam kampung mereka.
Naskhah animasi ini juga menerima pengiktirafan antarabangsa dengan pencalonan di Anugerah Filem Golden Rooster China ke-35 (Kategori Best Fine Arts), China International Children’s Exhibition – Favorite Cartoons, serta diiktiraf oleh State Film Administration of China sebagai Excellent Chinese Film Project.
Durioo+ turut memperkenalkan Durioo+ Movie Pack, menawarkan 15 filem antarabangsa dan tempatan, serta lebih 20,000 kandungan selamat di platform ini.
Pengguna boleh menikmati tontonan bebas iklan di empat peranti serentak, dengan langganan serendah RM30 untuk tiga bulan pertama, bersamaan RM10 sebulan sahaja melalui laman web get.duriooplus.com .
Menurut pengasas bersama Durioo+, Nuown Zainal, Goldbeak merupakan naskhah menarik untuk tontonan keluarga.
"Ia telah diolah dengan rapi supaya selamat dan sesuai untuk anak-anak kita dan ini adalah salah satu inisiatif Durioo+ untuk memasukkan lebih banyak filem yang sesuai untuk tontonan seisi keluarga.
"Dengan langganan bernilai RM10 sahaja sebulan, waktu skrin bersama boleh dijadikan aktiviti keluarga yang sihat seperti menonton wayang, tapi lebih mudah kerana hanya di rumah, melalui platform selamat iaitu Durioo+,” katanya.
Usaha ini meneguhkan lagi peranan Durioo+ sebagai platform penstriman yang bukan sahaja selamat dan menghiburkan, tetapi juga berada dalam misi lebih besar, iaitu membangunkan generasi ummah yang beriman, berakhlak dan berilmu melalui kandungan berkualiti. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments