Hot Posts

6/recent/ticker-posts

‘Huru Hara’ Talk To My Manager


[Nota Kedai Kopi Bandara]

ANTARA The Chosen One
Xtra dan Talk To My Manager, saya pilih The Chosen One Xtra. Pencarian bakat dalam The Chosen One Xtra ada hala tujunya. Dan rata-rata pesertanya berbakat dan mampu pergi jauh sebagai pelapis anak seni.

Sementara
Talk To My Manager setakat minggu kedua, bagi saya sebuah program hiburan famili artis. Ia tidak memberi fokus kepada pencarian bakat sebenar seperti program realiti yang lain.

Apatah
lagi difahamkan 60 peratus (%) penjurian dinilai daripada komitmen dan prestasi si manager dan 40% lagi persembahan nyanyian. Itu sebenarnya konsep Talk To My Manager untuk kita hadam. Mengejar rating dan populariti famili artis itu fakta sebenar.

Kita
sedia maklum cerita baik buruk famili artis akan sentiasa diperkatakan dan menjadi bahan berita. Segala yang berkaitan tentang dunia artis meskipun tidak membawa manfaat untuk kita pun kita seronok baca dan tonton. Itulah realitinya.

Cuma
apabila hanya separuh daripada peserta Talk To My Manager boleh menyanyi dengan baik, kena ada variasi lain untuk peserta yang kurang 'enak' bernyanyiFokuslah pada sisi lain jugak seperti aspek sketsa komedi, lakonan, pengacaraan bersama Aznil untuk lebih mencantikkan persembahan dua minit setengah mereka itu.

Memang
manager yang lebih diadili tetapi bintang dan bakat peserta itu patut juga lebih pentingTerus terang saya katakan saya nak tonton lebih persembahan anak-anak artis itu berbanding kisah manager mereka di pentas. Kerjaya manager belakang tabir disiarkan dalam VT sudah memadai bukan?

Meletakkan
Ammar Ahyan setiap minggu untuk 'digelakkan' dengan sisi selambanya itu apakah sesuatu yang baik dan sihat? Sewajarnya didiklah Ammar dengan sesuatu yang lebih mencabar untuk 'task' nya berbanding membiarkan dia larut dengan sisi lurusnya itu.

Jika
untuk live Tiktok bersama Papa Larisnya itu strategi mereka, namun janganlah dibawa keterlaluan ke pentas Talk To My Manager. Kasihan dia. Membuli namanya tu...

Top 3 Best Artist Talk To My Manager

  • Amad Dayyan
  • Marsya Q
  • Thalita

✍️ Nota by Jebat Iskandar
(**Penulisan ini adalah pandangan peribadi penulis semata-mata dan tidak mewakili pendirian 7Klik mahupun mana-mana pihak)

ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments