BULAN September hadir dengan deretan kandungan segar di HBO Max yang bakal mencuri perhatian penonton. Daripada drama penuh emosi, komedi menyegarkan, thriller mendebarkan sehinggalah seleksi filem dan siri realiti terkini, semuanya tersedia untuk dinikmati sepanjang bulan ini.
Drama original HBO berjudul Task akan jadi tumpuan utama yang dibintangi Mark Ruffalo dan Fabien Frankel. Jika anda lebih sukakan vibe santai, jangan lepaskan siri komedi The Paper lakonan Domhnall Gleeson bersama Sabrina Impacciatore. Lebih menarik, projek ini ditulis serta diterbitkan oleh Greg Daniels, pencipta siri legenda The Office.
Jika thrillers jadi kegemaran, ada banyak pilihan hebat seperti Black Bag dengan barisan bintang besar Cate Blanchett, Michael Fassbender dan Pierce Brosnan, serta Arcadian lakonan Nicolas Cage yang turut akan tersedia di saluran HBO.
Bulan Istimewa Buat Peminat Harry Potter & Batman
Tarikh 1 September menandakan sambutan Back to Hogwarts Day. Inilah masa terbaik untuk ulang tonton koleksi penuh filem Harry Potter dan Fantastic Beasts, termasuk Harry Potter 20th Anniversary: Return to Hogwarts dan Harry Potter: Wizards of Baking. Nostalgia penuh sihir.
Bukan itu saja, 21 September nanti meraikan Batman Day. Peminat Dark Knight boleh kembali menikmati filem kegemaran seperti The Batman (lakonan Robert Pattinson), The Dark Knight, animasi Batwheels, Batman Ninja vs. Yakuza League dan banyak lagi.
Filem Pilihan di HBO Max
- Rob Peace: Tayangan perdana 3 September
- Arcadian: Tayangan perdana 6 September (HBO pada 15 September, 9 malam)
- Last Breath: Tayangan perdana 13 September (HBO pada 9 malam)
- Black Bag: Tayangan perdana 20 September (HBO pada 9 malam)
Siri Pilihan di HBO Max
- The Paper: Tayangan perdana 4 September
- Episod baharu Totally Spies Musim 7: Tayangan 4 & 18 September
- HBO Original Task: Tayangan perdana 8 September (HBO pada 9 pagi
- MobLand: Tayangan perdana 16 September
- Episod baharu Batwheels Musim 2: Tayangan 18 September
Selain itu, jangan lupa ikuti episod terbaharu King & Conqueror (setiap Isnin) dan Peacemaker Musim 2 (setiap Jumaat).
Siri Realiti di HBO Max
- Discovery’s Lethally Blonde: Tayangan 4 September
- TLC’s 90 Day Fiancé Happily Ever After? Musim 9: Tayangan 5 September
- Max Original Most Wanted: Teen Hacker: Tayangan 5 September
- Food Network’s Cutthroat Kitchen: Knives Out: tayangan 6 September
- HGTV’s Christina in the Country Musim 2: Tayangan 28 September
September kali ini hadir dengan seleksi kandungan yang padat dan pelbagai, memenuhi setiap cita rasa penonton. Sama ada mahu berhibur dengan siri komedi, terhanyut dalam dunia magis Hogwarts, mengikuti aksi Batman atau menikmati drama penuh suspens, HBO Max membuktikan bulan ini sebagai pesta hiburan untuk semua. - 7KLIK
ARTIKEL LAIN:
0 Comments