Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Ubat Gigi Halal Rasa Menu Kafe, Dari Anak Muda Malaysia


Oleh: SORAYA AFNAN

DALAM dunia yang semakin mementingkan penjagaan diri, rutin menggosok gigi masih sering dianggap sebagai tugasan biasa.

Namun kini, jenama tempatan yang berani tampil berbeza sedang cuba mengubah persepsi itu dengan perisa yang langsung tak dijangka.

Flavrs, sebuah jenama oral care buatan Malaysia yang diperakui Halal, memperkenalkan ubat gigi yang rasa seperti menu kafe iaitu Tropical Pandan, Coconut Breeze, Rosy Glow dan Lavender Smile.

Dibangunkan untuk generasi pengguna yang lebih berani dan beridentiti, Flavrs hadir dengan formulasi bersih, pembungkusan boleh kitar semula dan reka bentuk yang sedap mata memandang.

Diasaskan oleh Stephy Sam, seorang pengasas Gen Z yang mengimpikan ubat gigi yang lebih personal, Flavrs muncul sebagai solusi bagi mereka yang sudah bosan dengan jenama lama yang tiada variasi.

“Hidup kita penuh rutin. Ubat gigi tak patut jadi satu lagi benda membosankan. Dari kecil sampai besar, kita guna benda yang sama, tapi tiada satu pun rasa macam kita,” ujar Stephy.

Perjalanan membangunkan Flavrs bukan singkat, lebih lima tahun penyelidikan dilakukan dengan lebih 100 prototaip rasa dicuba sebelum memilih empat perisa pertama.

Perisa Berani, Formulasi Bersih

Kesemua produk dikembangkan oleh pakar penjagaan oral berpengalaman lebih 30 tahun, jadi jenama ini bukan sekadar cantik di luar, tapi juga diyakini dari segi sains.

● Diperbuat daripada lebih 94% bahan semula jadi
● Bebas fluorida, bebas SLS, tidak diuji ke atas haiwan
● Diperakui Halal
● Menggunakan Nano-Hydroxyapatite: Alternatif lembut kepada fluorida, yang digunakan secara meluas di Jepun & Eropah
● Datang dalam botol pam boleh kitar semula



Selain fokus kepada bahan dan rasa, Flavrs juga memahami keperluan gaya hidup kini, di mana produk perlu bukan saja berfungsi, tapi juga berciri, mesra alam dan sesuai estetik bilik mandi. Pendek kata, ini bukan sekadar ubat gigi, ini 'mood booster' harian.

Kini, Flavrs Starter Kit yang mengandungi perisa Tropical Pandan, Coconut Breeze, Rosy Glow dan Lavender Smile ditawarkan pada harga promosi di laman web rasmi mereka, www.flavrs.com.my .

Dengan pelan kerjasama, aktiviti pop-up dan kempen runcit sepanjang tahun ini, Flavrs menyasarkan untuk menjadikan memberus gigi sebagai sebahagian daripada pengalaman budaya menjelang akhir 2025. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments