Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Single ‘Jump’ Gegarkan Dunia, Blackpink Kembali Pecah Rekod Global


Oleh: AILEEN ADAM

KUMPULAN K-pop
sensasi, Blackpink kembali meledak di pentas global dengan pelancaran single digital terbaharu mereka, Jump, pada 11 Julai 2025.

Pelancaran
ini sekali gus menandakan 'comeback' rasmi kumpulan yang dianggotai oleh Jennie, Jisoo, Rosé dan Lisa itu selepas hampir tiga tahun tanpa rilisan karya berkumpulan di mana kali terakhir mereka tampil dengan album Born Pink pada tahun 2022.

Single Jump hadir dengan genre hardstyle-dance pop yang menampilkan elemen elektronik bertenaga tinggi, beat rancak dan riff gitar yang kuat.

Lagu yang ditulis oleh Teddy, Diplo, 24, Zikai dan diterbitkan bersama oleh Teddy dan Diplo itu membawa mesej tentang keberanian melangkah ke hadapan tanpa rasa ragu. Ia selari dengan semangat Blackpink yang sentiasa berani mencabar sempadan muzik mereka.

Sejurus dilancarkan, Jump terus melonjak ke tangga #1 iTunes di 47 buah negara, termasuk Amerika Syarikat, United Kingdom, Perancis, Jepun, Thailand dan Malaysia.

Kejayaan
ini memperlihatkan betapa kuatnya pengaruh Blackpink pasaran global walaupun mereka berehat panjang daripada rilisan berkumpulan.

Tidak
terhenti di situ, muzik video (MV) rasmi single baharu ini turut mencipta sejarah di YouTube. Dalam masa kurang 24 jam, MV tersebut mencatat lebih 28 juta tontonan, sekali gus menjadi debut MV K-pop wanita terbesar untuk tahun 2025 setakat ini.

MV Jump juga berjaya meraih 1 juta likes dalam hanya 1 jam 3 minit, membuktikan sambutan luar biasa daripada peminat global.

Malah disebabkan lonjakan mendadak likes dan dan tontonan dalam masa singkat, sistem YouTube dilaporkan mengalami 'freeze' pada data views dan likes beberapa minit awal tayangan perdana, bagi membolehkan sistem automatiknya mengesahkan angka sebenar.




MV Jump diarahkan oleh Dave Meyers dan lagu itu pertama kali dipersembahkan secara langsung semasa pembukaan konsert Blackpink Deadline World Tour pada 5 Julai lalu di Goyang, Korea Selatan.

Persembahan tersebut menandakan permulaan era baharu Blackpink yang lebih matang, berani dan eksperimental dari segi muzik dan visual pentas.

Menerusi Jump, Blackpink bukan sahaja menegaskan kekuatan pengaruh muzik mereka, tetapi juga membuktikan bahawa fandom BLINK kekal sebagai salah satu komuniti peminat paling aktif dan setia di dunia.

Ini sekali gus membuka lembaran baharu buat era Blackpink pasca Born Pink yang lebih berani, eksperimental, dan global. - 7KLIK

Trivia

  • Tontonan melebihi 28 juta views dalam masa kurang 24 jam.
  • Meraih 1 juta likes dalam hanya 1 jam 3 minit, antara terpantas bagi artis wanita K-pop.
  • MV K-pop wanita dengan debut tontonan tertinggi di YouTube untuk tahun 2025.
  • Mengalami 'YouTube freeze' beberapa minit pertama akibat lonjakan engagement luar biasa.


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments