Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Splash Carnival Jadi Highlight Summer Carnival LEGOLAND Malaysia - Edisi Tahun Ketiga Kini Bermula!


BERSEDIA untuk musim panas paling happening tahun ini? LEGOLAND Malaysia Resort kembali dengan edisi ketiga Splash Carnival, festival air tahunan yang penuh aksi, muzik dan keseronokan.

Bermula 3 Julai hingga 3 Ogos 2025, LEGOLAND Summer Carnival akan menghidupkan suasana musim panas dengan festival selama lima minggu yang penuh dengan aktiviti menarik dan persembahan muzik daripada barisan artis popular tanah air.

Dengan tema ‘Music Fiesta’, Splash Carnival 2025 menggabungkan vibe pantai, permainan air yang menyeronokkan dan persembahan pentas penuh tenaga. Semuanya dalam suasana santai, basah dan penuh warna-warni.

Pentas utama Water Park akan menyaksikan persembahan barisan artis seperti Hazama, Kaka Azraff, Aisyah Retno, Aziz Harun, Mimi Fly, dan Nadeera yang akan membuat persembahan setiap Sabtu bermula 5 Julai di Wave Pool.

Pelbagai Aktiviti Basah & Meriah

Selain muzik, Splash Carnival juga dipenuhi pelbagai aktiviti air untuk semua peringkat umur. Sama ada anda mahu bersantai atau aktif sepanjang hari, LEGOLAND Water Park terbesar di Asia Tenggara ini ada sesuatu untuk setiap pengunjung.

Melody Quest: Cari lima alat muzik tersembunyi dalam taman air untuk mulakan fiesta.
Dunk Fest Fun: Cabar rakan atau keluarga dalam dunk tank yang kelakar dan pastikan merekabasah kuyup.
Splash & Score: Tangkap bola terapung, kumpul mata dan dinobatkan sebagai Splash Champion.
Boat Race: Bina bot LEGO sendiri dan uji sejauh mana ia boleh berlumba di laluan air.
● Water Limbo: Tunjuk skill melentur dan melompat bawah palang limbo dalam Wave Pool.
Fitness Fiesta: Berzumba cara Aqua Zumba bersama pengunjung lain.
Drumbeat Splash-tacular (31 Julai - 3 Ogos sahaja): Iringi carnival dengan hentakan dram keliling
taman.
Beats on the Beach (Setiap Sabtu, Ahad & Cuti Umum): Menari bersama maskot ikonik LEGOLAND di tepi pantai.
● DJ Surfer Splash Down: Wave Pool bertukar jadi party zone dengan DJ Surfer spin lagu-lagu panas.
Carnival Parade (Setiap Sabtu, Ahad & Cuti Umum): Saksikan perarakan penuh warna-warni dengan penari, pemukul dram, maskot dan stilt walkers.

Menurut
Naib Presiden LEGOLAND Malaysia Resort, Cs Lim, edisi kali ini menjanjikan pengalaman paling meriah setakat ini.

Ini adalah Splash Carnival paling menarik pernah kami anjurkan, dengan lebih banyak aktiviti, lebih ramai artis, dan lebih banyak peluang untuk keluarga mencipta kenangan yang tidak akan dilupakan.

"Kami juga berbangga dapat menyerlahkan bakat muzik tempatan dan mengembalikan aktiviti-aktiviti kegemaran ramai, sambil memperkenalkan kejutan baharu yang menjadikan karnival tahun ini benar-benar paling besar dan terbaik setakat ini,” katanya.

Nikmati Pengalaman LEGOLAND Sepenuhnya

Tiket boleh dibeli secara eksklusif di laman rasmi LEGOLAND Malaysia Resort. Dengan Triple-Park Annual Pass, pengunjung boleh kembali menikmati Splash Carnival dan pelbagai acara sepanjang tahun, termasuk sambutan musim perayaan dan tarikan baru yang akan datang.

Untuk masa terhad, pemegang pas sedia ada boleh memperbaharui dan nikmati diskaun hingga 30 peritus (%), manakala mereka yang pasnya tamat tempoh pada 2025, boleh memperbaharui dengan potongan 20% hingga 15 Julai 2025.

LEGOLAND® Malaysia turut menawarkan 1-Day Water Park Ticket khas untuk yang mahu rasai keseronokan Splash Carnival dalam satu lawatan. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments