Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Hafiz Suip Sahkan Sudah Bercerai Sejak Mei Lalu


MENAMATKAN segala spekulasi yang bertebaran mengenai status rumah tangganya sejak beberapa bulan lalu, penyanyi Hafiz Suip akhirnya mengesahkan sudah bercerai talak satu dengan isterinya, Nureffy Jasreel Abdullah di Mahkamah Syariah Shah Alam, Selangor pada 29 Mei lalu.

Tekad
untuk melindungi emosi dan kesejahteraan dua cahaya matanya, Hafiz atau nama lengkapnya Mohamad Hafiz Mohamad Suip, 35, memberikan hak penjagaan penuh kepada bekas isteri kerana percaya bahawa tempat terbaik bagi anak-anak adalah di sisi seorang ibu.

"
Secara rasmi saya sudah bercerai talak satu dengan isteri pada 29 Mei lalu. Anak-anak dibawah jagaan bekas isteriSecara rasionalnya, sudah tentu kalau saya berada dalam situasi ini, saya akan pilih ibu saya.

"Saya rasa
ibulah merupakan pilihan tepat untuk mengambil penjagaan anak-anak. Kalau kita nak lawan fasal hak ini sampai bila pun tak habis," ujarnya ketika ditemui dalam acara sesi beramah mesra bersama media di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada malam Isnin.

Meski
sudah memilih haluan masing-masing, Hafiz menegaskan masih mengekalkan hubungan baik dengan bekas isteri demi memudahkan urusan berkaitan anak-anak.

Hafiz
kini menetap di Kuching, Sarawak, manakala anak-anak masih bersekolah dan tinggal bersama ibu mereka di Semenanjung.

Biarpun
perit menahan rindu, penyanyi Cinta Kita itu tidak mahu merumitkan lagi keadaan dan ingin memastikan isu penjagaan anak-anak ini diselesaikan dengan baik.

"
Tipulah kalau kata saya tak ingat anak, setiap hari saya fikirkan mereka, nak hubungi tetapi mereka juga perlu bersekolah dan ada jadual sendiri.

"
Sekarang saya dan bekas isteri masih dalam proses perbincangan tentang urusan anak-anak. Saya tak mahu menimbulkan masalah. Cukuplah turun naik mahkamah untuk urusan perceraian. Penat," luahnya jujur.

Takdir Tertulis

Walaupun
episod rumah tangganya tidak berakhir seperti yang diimpikan, Hafiz tetap bersyukur dengan segala perjalanan yang pernah dilalui bersama bekas isteri.

Malah
pemenang vokal terbaik Anugerah Juara Lagu sebanyak empat kali itu menganggap segala ujian yang diterima ini merupakan takdir yang memberi pengalaman serta pengajaran dalam hidup.

"Saya
tidak menyesal dengan apa yang berlaku. Semua ini adalah pengajaran dan pengalamanIa juga satu takdir, kita hanya perlu jalani kehidupan seterusnya. Jangan saling menyalahkan kerana hati kita tidak akan rasa tenang.

"
Dalam Islam juga ada mengajar kalau nak rasa tenang kita kena berdamai dengan takdir. Nasihat saya kalau nak kahwin, kena fikir masak-masak dan bersikap matang," katanya.

Menurut
Hafiz, sepanjang setahun menghadapi kemelut rumah tangga, dia dan isteri sudah mencuba sedaya upaya untuk memperbaiki hubunganNamun, akhirnya masing-masing akur bahawa perpisahan adalah jalan terbaik buat kedua-duanya.

Pasangan ini mendirikan rumah tangga pada 14 Mei 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata lelaki iaitu Muhammad Riyadh Zafri, 8, dan Muhamamd Alkaf Zayne, 5. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments