Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Charli XCX & George Daniel: Majlis Senyap Gen‑Z yang Jadi Trend Bridal Global


SELEPAS sekian lama mencipta muzik yang menggoncang dunia pop alternatif, akhirnya Charli XCX meraikan satu lagi bab penting dalam hidupnya, perkahwinan.

Pada 19 Julai 2025, Charli, 32, sah bergelar isteri kepada George Daniel, 35, pemain dram kumpulan The 1975, dalam sebuah majlis perkahwinan yang digambarkan ramai sebagai lambang mikro-wedding moden, senyap, intimate dan sarat identiti visual.

Majlis yang berlangsung di Hackney Town Hall, London itu hanya dihadiri sekitar 20 tetamu, terdiri daripada keluarga rapat dan teman terdekat mereka.

Tidak ada red carpet. Tiada pengumuman besar. Hanya sebuah detik peribadi yang tulus, persis lagu-lagu Charli yang menyulam realiti dan estetika dalam satu rentak.

Charli tampil memukau dalam mini dress putih rekaan Vivienne Westwood Nova Cora dengan potongan corset dengan hem midi yang bold, lengkap dengan tulle veil klasik, slingback Jimmy Choo dan cermin mata hitam kegemarannya.

Pilihannya jelas menolak norma gaun perkahwinan tradisional, sebaliknya menyuarakan identiti fesyen yang berani, quirky dan sangat 'Charli'.

Sementara George pula tampil segak dalam sut berkancing dua yang rapi dan moden, disempurnakan dengan boutonnière putih yang sepadan dengan sejambak bunga Charli, gaya yang simple tapi sangat tersusun.

Quiet Wedding, Loud Style

Usai majlis rasmi, pasangan ini berjalan kaki ke restoran Itali Dalla di Dalston untuk makan malam keluarga, sebelum ke bar indie Ellie’s untuk after-party yang mereka uruskan sendiri.

Para tetamu disambut dengan rokok ‘skinny’ di dulang perak, simbolik kepada rebel energy yang subtle tetapi intentional,estetika 'Brat' yang begitu sinonim dengan Charli dan fasa kreatifnya kini.




Momen itu mencuri perhatian ramai kerana keberanian mereka menolak protokol perkahwinan tipikal sambil kekal 'playful' dan romantik seperti memberi mesej, 'cinta tidak perlukan keramaian, cukup jika ia terasa benar'.

Walau begitu, majlis London itu hanyalah satu permulaan. Difahamkan, Charli dan George sedang merancang majlis kedua di Sicily, Itali, dengan suasana lebih besar, mewah dan dipenuhi selebriti serta acara eksklusif.

“London adalah rasmi, tapi pesta sebenar akan berlaku nanti dan ia akan epik,” kata sumber kepada sebuah portal hiburan.

Pasangan ini mula berkenalan pada GQ Men of the Year Awards 2019, dan menjadi rapat ketika bekerjasama dalam lagu Spinning pada 2021. Pada November 2023, mereka mengumumkan pertunangan di Instagram, pos yang segera tular dalam kalangan peminat dan media hiburan.

Sejak itu, George menjadi antara tenaga kreatif penting dalam produksi album terbaharu Charli, Brat yang kini dinobatkan sebagai antara rilisan paling dinanti tahun ini.

Album tersebut, dan perkahwinan mereka, muncul dalam gelombang sama,  mengukuhkan Brat Era sebagai fasa visual dan emosi paling jujur dalam karier Charli.


Majlis ini bukan sekadar meraikan cinta dua insan, tetapi turut menjadi satu pernyataan budaya generasi Gen-Z yang lebih mengutamakan hubungan peribadi, penceritaan visual dan keaslian identiti, berbanding kemegahan formal yang bersifat konvensional.

Media seperti Vogue dan The Guardian menyifatkan majlis ini sebagai 'blueprint' untuk generasi masa kini. Kecil tetapi sarat makna, tertutup namun penuh gaya, intim tetapi jelas dalam penyataan.

Jika London adalah pernyataan cinta mereka yang mentah dan tulus, maka Sicily nanti bakal menjadi perayaan impian mereka. Lebih lantang, lebih megah, dan tetap mencerminkan siapa mereka yang sebenar, tanpa kompromi. - 7KLIK


ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments