Juara Malaysia Masters, Soon Huat-Shevon bawa pulang hadiah kahwin RM156,350


PEMAIN beregu campuran professional negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai muncul juara kategori Beregu Campuran Malaysia Masters 2024 pada Ahad.

Pasangan yang baru sahaja bergelar suami isteri pada 4 Mei lalu itu menewaskan beregu campuran Indonesia Rinoy Rivaldy-Pitha Haningtyas Mentari dalam straight set, 21-18, 21-19 dengan tempoh 48 minit perlawanan.

Umpama hadiah perkahwinan, kemenangan tersebut melayakkan Soon Huat-Shevon membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah AS$33,180 (RM156,350).

Pun begitu, baik Soon Huat mahupun Shevon menyifatkan kemenangan tersebut amat bermakna buat mereka kerana ia berlaku di depan penyokong sendiri yang tentunya sudah lama menanti dan mengharapkan agar ada wakil pemain Malaysia naik podium sebagai juara.


Kali terakhir wakil beregu campuran negara menjuarai kejohanan Malaysia Masters ialah pada 2017 menerusi gandingan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing.

Kemenangan di Malaysia Master 2024 merupakan kejuaraan antarabangsa kedua pasangan ini selepas menang kategori sama di Terbuka Switzerland pada Mac lalu. - 7KLIK

ARTIKEL LAIN: masters-malaysia-wei-chong-kai-wun-bawa

[FOTO: Instagram Shevon Lai]

Post a Comment

Previous Post Next Post