Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Tepati ramalan, Oppenheimer Filem Terbaik Anugerah Oscar ke-96


OPPENHEIMER menepati ramalan apabila diumumkan sebagai Filem Terbaik di Anugerah Akademi ke-96 (Oscars) yang berlangsung di Dolby Theatre di Hollywood Los Angeles, Amerika Syarikat, pada pagi Isnin (waktu Malaysia).

Nashkah hebat arahan Christopher Nolan itu menewaskan filem Poor Things, American Fiction, Anatomy of a Fall, Barbie, The Holdovers, Killers of the Flower Moon, Maestro, Past Lives dan The Zone of Interest.

Nolan, 53, turut diangkat sebagai pemenang kategori Pengarah Terbaik, dengan mengetepikan Jonathan Glazer untuk filem The Zone of Interest, Yorgos Lanthimos (Poor Things), Martin Scorsese (Killers of the Flower Moon) dan Justine Triet (Anatomy of a Fall).

Kemenangan berganda buat Oppenheimer apabila bintang utamanya, Cillian Murphy dinobatkan sebagai Pelakon Lelaki Terbaik, manakala Robert Downey Jr pula dalam kategori Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik. Diikuti kategori Sinematografi Terbaik, Suntingan Filem Terbaik serta Muzik Asal Terbaik.

Cillian, 47, menyifatkan kemenangan tersebut sebagai satu pengalaman hebat dan luar biasa sepanjang 20 tahun perjalanannya dalam industri seni.

"Terima kasih buat setiap kru dan pelakon Oppenheimer yang ada bersama saya. Kepada calon-calon lain, saya mengagumi kalian. Jujur," katanya.

Secara keseluruhan, Oppenheimer yang diadaptasi daripada buku biografi American Prometheus, hasil karya Kai Bird dan Martin J. Sherwin yang ditayangkan pada Julai 2023 itu memenangi tujuh kategori daripada 13 pencalonan yang diterima.


Sementara itu, Emma Stone pula menggunguli kategori Pelakon Wanita Terbaik menerusi lakonan cemerlangnya sebagai Bella Baxter dalam filem Poor Thing. Ini merupakan anugerah Oscar kedua Stone dalam kategori sama selepas kemenangannya pada 2017 menerusi filem La La Land.

Trofi untuk kategori Pelakon Pembantu Wanita Terbaik pula menjadi milik Da'Vine Joy Randolph (The Holdovers).

Pasangan adik-beradik Billie Eilish dan Finneas berkongsi kegembiraan dengan kemenangan yang diraih untuk kategori Lagu Terbaik menerusi runut bunyi (OST) filem Barbie iaitu What Was I Made For? - 7KLIK



Senarai Penuh Pemenang Oscars ke-96

Filem Terbaik
- Oppenheimer

Pengarah Terbaik
- Christopher Nolan (Oppenheimer)

Pelakon Lelaki Terbaik
- Cillian Murphy (Oppenheimer)

Pelakon Wanita Terbaik
- Emma Stone (Poor Things)

Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik
- Robert Downey Jr. (Oppenheimer)

Pelakon Pembantu Wanita Terbaik
- Da'Vine Joy Randolph (The Holdovers)

Sinematografi Terbaik
- Hoyte Van Hoytema (Oppenheimer)

Rekaan Kostum Terbaik
- Holly Waddington (Poor Things)

Suntingan Filem Terbaik
- Jennifer Lame (Oppenheimer)

Solekan & Gaya Rambut Terbaik
- Nadia Stacey, Mark Coulier dan Josh Weston (Poor Things)

Skor Muzik Terbaik
- Ludwig Göransson (Oppenheimer)

Lagu Terbaik
- What Was I Made For? (Barbie: Billie Eilish and Finneas O'Connell)

Reka Bentuk Produksi Terbaik
- James Price and Shona Heath; Set Decoration: Zsuzsa Mihalek (Poor Things)

Bunyi Terbaik
- Tarn Willers dan Johnnie Burn (The Zone of Interest)

Kesan Visual Terbaik
- Takashi Yamazaki, Kiyoko Shibuya, Masaki Takahashi and Tatsuji Nojima (Godzilla Minus One)

Adaptasi Terbaik
- Cord Jefferson (American Fiction)

Lakon Layar Terbaik
- Justine Triet dan Arthur Harari (Anatomy of a Fall)

Filem Animasi Terbaik
- The Boy and the Heron

Filem Animasi Pendek Terbaik
- War Is Over!

Filem Dokumentari Terbaik
- 20 Days in Mariupol

Filem Dokumentari PendekTerbaik
- The Last Repair Shop

Filem Live Action Terbaik
- The Wonderful Story of Henry Sugar

Filem Antarabangsa Terbaik
- The Zone of Interest (United Kingdom)


ARTIKEL LAIN: experience-glitz-and-glamour-of-96th
ARTIKEL LAIN: misteri-kolam-renang-night-swim
ARTIKEL LAIN: kehambaran-madame-web

Post a Comment

0 Comments