Hot Posts

6/recent/ticker-posts

[REVIEW] Rahsia gelap kolam renang Night Swim



NIGHT Swim merupakan sebuah naskhah yang diadaptasi daripada sebuah filem pendek dengan judul sama, karya McGuire dan Rod Blackhurst pada 2014.

Filem yang mengenengahkan genre seram ini mempunyai premis yang agak menarik dan mampu mengundang keterujaan dengan elemen kemisterian naskhahnya. Ia menceritakan tentang seorang bekas pemain baseball liga utama, Ray Waller lakonan Wyatt Russell yang terpaksa bersara awal kerana penyakit yang dihidapi.

Ray dan isteri membuat keputusan untuk berpindah dan memulakan hidup baharu bersama bersama isteri, Eve, dan dua anak mereka Izzy serta Elliot. Tanpa disedari rumah baharu yang didiami itu menyimpan misteri dan rahsia gelap sehingga akhirnya mencetuskan pelbagai kejadian tidak diingini.

Biarpun merupakan sebuah filem seram, perjalanan filem ini tidak banyak membawa penonton ke arah elemen itu. Malah adegan-adegan 'jumpscare' yang dipaparkan juga terlihat begitu simple dan tidak memberi impak besar buat tontonan.

Boleh dikatakan pada separuh masa pertama, ia bergerak sangat perlahan dan menimbulkan sedikit rasa bosan untuk menanti apakah yang sebenarnya berlaku. Ia hanya menyaksikan beberapa babak sama yang diulang tentang penampakan sosok misteri di tepi kolam renang yang sekilas menganggu karakter yang terlibat.


Hanya pada setengah perjalanan, barulah elemen ketegangan mula dirasai, biarpun tidak konsisten atau memberikan impak ketakutan yang lebih besar. Sayang sekali, premis sudah unik tetapi penceritaannya tidak dibangunkan seperti yang sepatutnya sehingga filem seram itu berlalu begitu sahaja tanpa ada satu adegan klimaks yang mampu menggerakkan keterujaan kepada tontonan.

Hal yang sama berlaku dari aspek pembinaan karakter-karakter yang terlibat dan tiada penyataan yang jelas tentang latar belakang mereka yang boleh dikaitkan dengan hal-hal yang ditampilkan dalam filem ini.

Boleh dikatakan tidak nampak keserasian yang wujud di antara mereka menyebabkan sukar untuk mewujudkan emosi yang mendalam dalam babak-babak yang ditampilkan, selain karakter tersebut dilihat kurang meyakinkan.

Sedangkan banyak adegan-adegan yang terlihat mampu memberikan kesan mendalam kepada penonton terutama melibatkan elemen kekeluargaan, tetapi tidak digunakan dengan sebaiknya.

Apa pun secara keseluruhannya, Night Swim masih lagi sebuah filem seram yang boleh ditonton. - 7KLIK  

5 Filem Seram Lain 

1. Kereta Berdarah (22 Februari 2024)
2. Tan-Ti-Ana (29 Februari 2024)
3. Panggonan Wingit (29 Februari 2024)
4. The Jack In The Box Rises (29 Februari 2024)
5. Bramayugam (29 Februari 2024)

ARTIKEL LAIN: kehambaran-madame-web

[FOTO: United International Pictures]

NIGHT SWIM
Bahasa: Inggeris
Klasifikasi: P16
Genre: Seram/thriller
Durasi: 1 jam 38 minit
Pengarah: Bryce McGuire
Pelakon: Wyatt Russell, Kerry Condon, Amélie Hoeferle, Gavin Warren
Edaran: United International Pictures
Tarikh Tayangan: 22 Februari 2024
Bintang: 4/10


Post a Comment

0 Comments