Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Alami masalah peti suara, Adele tangguh 10 persembahan


PENYANYI terkenal, Adele terpaksa menangguhkan beberapa persembahannya yang dijadualkan berlangsung di Las Vegas, Amerika Syarikat berikutan mengalami masalah peti suara.

Bintang global berusia 36 itu mendedahkan, tindakan tersebut dilakukan atas nasihat doktor yang mahu dia mendapatkan rehat yang secukupnya.

"Saya terpaksa menangguhkan persembahan di Las Vegas. Saya belum pulih sepenuhnya dalam persembahan sebelum ini dan sekarang kembali sakit. Ia memberi kesan kepada suara saya.

"Saya tiada pilihan melainkan berehat dan itu atas nasihat doktor," katanya menerusi satu hantaran yang dilakukan di laman sosial miliknya pada Rabu.

Difahamkan masalah peti suara yang dialami itu punca daripada masalah situasi dirinya yang tidak mendapat rehat yang secukupnya.

Berikutan itu, lebih 10 tarikh persembahan yang dijadualkan berlangsung sepanjang Mac ini terpaksa dibatalkan.

Pun begitu, ramai peminat yang memahami dan memberikan sokongan padu kepada pelantun lagu Someone Like You agar kembali pulih sepenuhnya dan dapat segera kembali beraksi di pentas persembahan. - 7KLIK


Post a Comment

0 Comments