Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Mencipta kemesraan puisi dalam Cipta Citra Hari Puisi Sedunia


HARI Puisi Sedunia merupakan sebuah deklarasi yang telah diangkat oleh Pertubuhan Pendidikan, Sains dan Kebudayaan (UNESCO) dalam Konferensi Umum ke-30 di Paris pada tahun 1999 dengan bertujuan untuk mendukung keragaman bahasa melalui ekspresi puitis dan sastera Malaysia tidak ketinggalan untuk berdiri di hadapan siiring menuju ke arah negara maju.

Bakal berlangsung selama dua hari pada 8 & 9 Mac 2024, Cipta Citra – Hari Puisi Sedunia akan menampilkan tokoh sasterawan dan seniman terkenal tanah air termasuklah Sasterawan Negara Datuk Dr. Zurinah Hassan, Datuk Dr. Lim Swee Tin, Lin Haslinaz, Umar Uzair, Datin Sofia Jane, Datin Alyah, Shirley Idris dan Aryan Andika.

Turut serta adalah barisan seniman antarabangsa iaitu Sastri Bakry mewakili Indonesia, Hidayat Nordin (Singapura), Suhail Ibn. Shahnawaz (India) dan Alena Belozertseva serta Polina Pogadaeva (Rusia).

Acara gemilang pada hari pertama iaitu 8 Mac bakal bermula dengan pengembaraan delegasi seniman dalam negara dan anatarabangsa menaiki keretapi laju ETS dari Stesen Kuala Lumpur ke Ipoh. Seterusnya Konsert Cipta Citra akan bermula jam 8.30 malam di Auditorium Kompleks JKKN Perak.

Sementara pada hari ke dua, 9 Mac pula akan diisi dengan Forum Ramu Puisi Rencah Sasterawan di Taman Rekreasi Gunung Lang dan Tayangan Filem Puisi oleh dua pengarah muda, Syahmi Norsan dan Amen Naqib di Impiana Hotel Ipoh.

Cipta Citra – Hari Puisi Sedunia mendapat sokongan daripada MOTAC, Kerajaan Negeri Perak, Tourism Perak, JKKN Perak, Majlis Bandaraya Ipoh dan KTM Berhad.

Acara itu merupakan satu usaha memperkasakan sastera dan seni kebangsaan serta mendaulatkan khazanah negara yang disampaikan dalam bentuk persembahan muzikalisasi puisi, muzik, seni dan budaya, selain bersesuaian sebagai pengisian aktiviti dalam Tahun Melawat Perak 2024.

Ia juga ke arah sebuah negara berjati diri dan memiliki kesenian berbahasa yang unggul selain bertujuan menjambatani hubungan seni budaya dan kesusasteraan Malaysia di peringkat antarabangsa.

Tiket-tiket Konsert Cipta Citra terhad untuk 300 tempat duduk  dan dijual dengan harga RM35 (Hikayat), RM45 (Panji) dan RM55 (Epik). Pembelian boleh dilakukan melalui imbasan kod QR pada poster, Instagram @mejapoedjangga atau melalui aplikasi Whatsapp di 0177783584. - 7KLIK



[FOTO: Meja Poedjangga]

Post a Comment

0 Comments