Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Malam Baca Puisi Pena: Aspirasi Anak Muda terus curi tumpuan


PERSATUAN Penulis Nasional Malaysia (PENA) kembali menyemarakkan kecintaan pada dunia puisi dengan meneruskan penganjuran Malam Baca Puisi Pena bagi edisi 2024 pada Jumaat lalu.

Tampil dengan tema Detik Berlalu dan Hari pun Berganti, acara yang berlangsung di Rumah Pena, Kuala Lumpur itu dirasmikan oleh Timbalan Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr. Zulkifli Hasan.

"Melihat kepada dunia penulisan hari ini, kita merasakan bahawa dunia penulisan itu sebenarnya adalah sangat significan dalam kehidupan masyarakat kerana untuk mengubah mindset, mentaliti atau cara berfikir mekanisma, wadah yang paling powerful, paling significan adalah menerusi penulisan.

"Sejarah menyaksikan penulisan yang mengubah seluruh kehidupan, pemikiran, mahupun dunia. Jadi hari ini sempena Malam Baca Puisi Pena, kita ingin memperingati bahawa penulisan itulah sebenarnya yang akan menjadi titik tolak kepada perubahan yang ingin dibawakan dalam masyakarat mahupun negara," ujarnya. 
  

Tidak hanya hadir sebagai tetamu kehormat, Zulkifli turut mendeklamasikan puisi berjudul Thaurah Palestin, sebuah karya tulisan daripada Allahyarham Usman Awang buat penonton.


Diikuti deklamasi daripada barisan pemuisi dan penyair yang sentiasa meraikan seni puisi seperti sastewan negara Datuk Dr. Zurinah Hassan, Datuk Seri Dr Zaini Ujang, Dr. Ibrahim Ghafar, Pyanhabib, A. Rahman Bakri, Rahman Saari, Adiwangsa Sukma, Naque Ariffin, Anas Farihin, Julia Ikin, Maslinah Yusof dan lain-lain. 

Acara yang sudah diadakan sejak lebih dua dekad lalu itu merupakan ruang bagi aktivis seni dari pelbagai bidang dan generasi berkumpul dan meraikan seni budaya, khususnya seni kesusasteraan tanah air.


Apa yang diharapkan agar program seumpama ini terus mendapat perhatian ramai pada masa akan datang, sekali gus menarik minat lebih ramai generasi muda untuk turut sama menyertai.

Malam Baca Puisi Pena: Aspirasi Anak Muda yang dihoskan oleh Dr. Ayu Zuraina ituturut dimeriahkan dengan persembahan daripada Roslan Madun, Sani Sudin dan Pohon Hijau.  - 7KLIK



Post a Comment

0 Comments