Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Keunikan festival merakyatkan Seni Budaya: Mek Mulung @Wang Tepus



KEMENTERIAN Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) dengan kerjasama Kerajaan Negeri Kedah melalui Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara (JKKN) Kedah dan Persatuan Penggerak Warisan Budaya (AKRAB) akan melaksanakan Festival Merakyatkan Seni Budaya: Mek Mulung @Wang Tepus ‘Warisan Akar Umbi'.

Festival yang bakal menampilkan pelbagai aktiviti menarik itu bakal berlangsung pada 26 hingga 28 Oktober ini di Kampung KEDA Wang Tepus, Jitra, Kedah.

Program tersebut merupakan salah satu platform untuk memelihara seni warisan dan khazanah Melayu yang masih ada di negeri Kedah agar tidak pupus dan terhakis dalam arus kemodenan. 

Melalui penganjuran festival ini ia secara tidak langsung dapat mempertingkatkan kesedaran, pengetahuan masyarakat terhadap kepentingan  warisan seni budaya yang masih kekal sehingga ke hari ini walaupun sudah berusia lebih 400 tahun.

Antara   pengisian   menarik   yang   telah   diatur   sepanjang   tiga   hari   program  ini  ialah Bengkel Mek Mulung, Sembang Santai Mek Mulung, Peraduan Mewarna Watak Mek Mulung, Pertandingan Puteri Cilik Mek Mulung, Mek Mulung Tik Tok Challenge, pameran dan jualan agensi, kenduri rakyat, pertandingan futsal pelikat dan pertandingan sepak raga bulatan.

Diikuti persembahan Muzik Irama Warisan Kedah, Teater Tradisional Mek Mulung (Kumpulan Perantisan dan Peserta Bengkel Mek Mulung) dan Teater Tradisional Mek Mulung Putera Cahaya Bulan (Kumpulan Seri Mahawangsa). - 7KLIK


[KREDIT: JKKN]





















Post a Comment

0 Comments