Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Cliff, Suki peserta terawal tamatkan persaingan di GV10, Hady Mirza unggul di tempat pertama


OLEH: Aileen Adam

PENYANYI Cliff Umar dan Suki Low menjadi peserta pertama tersingkir daripada program All Star Gegar Vaganza (ASGV), pada konsert minggu kedua yang berlangsung di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad.

Cliff yang menyampaikan lagu Sampai Mati nyanyian asal daripada Hazama mendapat markah paling rendah iaitu 53.20 peratus (%), manakala Suki menerusi lagu Tak Ingin Usai (Keisya Levronka) hanya memperoleh markah sebanyak 56.25%.

Mengakui kehebatan barisan peserta lain, selain menyedari ada kekurangan dalam persembahan masing-masing pada minggu ini, kedua-dua penyanyi tersebut akur dengan keputusan juri.

Sementara itu, Hady Mirza tampil dengan persembahan cemerlang menerusi lagu How Am I Supposed To Live Without You (Michael Bolton), sekali gus membawanya menduduki carta teratas dengan markah 79%.

Kesemua peserta diadili menerusi format penjurian seratus peratus oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.

Persaingan konsert ketiga pada minggu hadapan akan diteruskan oleh Hady Mirza, Jaclyn Victor, Azharina, Liza Hanim, Datuk Aishah, Noryn Aziz, Nikki Palikat, Naqiu, Siti Nordiana, Ayai Ilusi, Tomok, Zamani, Aliff Aziz dan Ezad Lazim.

ASGV yang dihoskan oleh Nabil Ahmad, Jihan Muse dan Elly Mazlein itu disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104), setiap Ahad, jam 9 malam.


Kedudukan dan markah peserta pada minggu kedua.

1. Hady Mirza - How Am I Suppose To Live Without You (79.00%)
2. Jaclyn Victor - Sepi Sekuntum Mawar Merah (75.50%)
3. Azharina - Ayah (74.50%)
4. Liza Hanim - Setelah Aku Kau Miliki (73.00%)
5. Datuk Aishah - Flashdance What A Feeling (69.50%)
6. Noryn Aziz - Akhirnya Kini Pasti (69.25%)
7. Nikki Palikat - Bersama Akhirnya (68.50%)
8. Naqiu - Setahun Sudah Berlalu (66.75%)
9. Siti Nordiana - Sepi (66.50%)
10. Ayai Ilusi - Bunga Pujaan (66.25%)
11. Tomok - Malam (65.75%)
12. Zamani - Sambutlah Kasih (65.50%)
13. Aliff Aziz - Sampai Mati (65.25%)
14. Ezad Lazim - Potret (60.50%)
15. Suki Low - Tak Ingin Usai (56.25%)
16. Cliff Umar - Laskar Cinta (53.25%)

Post a Comment

0 Comments