Naqiu, Liza Hanim bersaing rapat, GV10 buka tirai dengan penuh kehangatan

 

OLEH: Aileen Adam

PROGRAM nyanyian kegemaran ramai, Gegar Vaganza kini kembali dengan musim baharu yang menggabungkan barisan juara daripada musim terdahulu bersama enam finalis pilihan peminat bersaing di pentas All Stars Gegar Vaganza (GV10).

GV10 yang dipancarkan secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) pada malam Ahad itu menyaksikan persembahan hebat daripada 16 bintang dengan membawakan lagu hits peserta yang pernah bertanding dalam program tersebut.

Mereka terdiri daripada Ayai Ilusi iaitu juara GV1, Siti Nordiana (GV2), Azharina (GV3), Datuk Aishah (GV4), Norynn Aziz (GV5, Naqiu dan Hady Mirza (GV6), Cliff Umar (GV7), Aliff Aziz (GV8) dan Jaclyn Victor (GV9).

Diikuti barisan peserta daripada hot seat pula ialah Liza Hanim, Suki Low, Nikki Palikat, Tomok, Zamani dan Ezad Lazim.

Pada minggu pembuka tirai, persembahan Naqiu mengungguli carta tempat pertama dengan markah 80.7 peratus% mengatasi  Liza Hanim (79%) dan Jaclyn Victor (71.5). Sementara Cliff Umar pula berada di tangga terbawah dengan markah 50.5%.

Kesemua peserta diadili menerusi format penjurian seratus peratus oleh barisan juri profesional yang terdiri daripada Datuk Ramli MS, Datuk Syafinaz Selamat dan Hetty Koes Endang.

Tidak hanya itu, GV10 buat pertama kalinya menampilkan tiga pengacara di mana Elly Mazlein sekali lagi tampil mengendalikan program tersebut bersama Nabil Ahmad dan Jihan Muse yang merupakan pengacara tetap sejak musim pertama. Elly sebelum ini tampil menggantikan Jihan pada GV9 apabila pengacara itu cuti bersalin.

GV10 disiarkan secara langsung menerusi Astro Ria (saluran 104), setiap Ahad, jam 9 malam. - 7KLIK


Kedudukan dan markah peserta pada minggu pertama GV10

1. Naqiu (80.75%)
2. Liza Hanim (79.00%)
3. Jaclyn Victor (71.75%)
4. Nikki Palikat (71.25.00%)
5. Hady Mirza (70.00%)
6. Noryn Aziz (68.75%)
7. Ezad Lazim (65.50%)
8. Aliff Aziz (64.00%)
9. Tomok (63.25%)
10. Zamani (61.25%)
11. Azharina (59.75%)
12. Suki Low (58.50%)
13. Ayai Ilusi (55.50%)
14. Siti Nordiana (54.00%)
15. Datuk Aishah (51.25%)
16. Cliff Umar (50.50%)

Post a Comment

Previous Post Next Post