Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Usaha Mikail, Pierre Andre cungkil bakat baharu



SATU usaha terpuji buat dua pelakon dan pengarah terkenal iaitu Mikail Andre dan Pierre Andre apabila mereka membuka peluang dan landasan berlakon menerusi uji bakat yang diadakan baru-baru ini di Sarang Port & Studio, Ipoh, Perak.

Menurut Mikail, 31, yang juga merupakan adik kepada Pierre, dia terpanggil membuka peluang itu kerana melihat kebanyakan uji bakat lazimnya diadakan di Kuala Lumpur sahaja.

Ekoran itu menyebabkan mereka yang tinggal di luar Kuala Lumpur terpaksa melupakan hasrat tersebut.

“Agak mencabar bagi mereka, tetapi kami cuba sebab dalam bidang ini kebanyakannya di bandar, begitu juga pengarah dan penerbit serta produksi bertapak di sana. Justeru mereka nak uji bakat kena turun ke Kuala Lumpur.

“Hari ini ramai yang berbakat. Sayang kalau tak dorong mereka. Jadi inisiatif memanggil bakat baharu ini adalah untuk projek YouTube Andre Brothers Pictures dengan kerjasama Sarang Port & Studio.

“Dengan pendedahan sebegini, kami dapat mencungkil bakat baharu sekali gus mencari pelakon untuk projek yang sedang dijalankan ini,” ujarnya mahu menggerakkan komuniti seni di Ipoh.

Untuk info, projek yang sedang berlangsung ini akan memulakan penggambaran pada September depan bagi genre seram yang akan bersiaran di YouTube Andre Brothers Pictures.

Jelas Mikail, setakat ini sudah 10 episod siap dan menunggu para pelakon yang terdiri daripada yang baharu dana lama untuk beraksi. - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments