Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SERTAI KELAS MASAKAN KUIH MALAYSIA BERSAMA JAGUH KARTUN


SEMPENA kempen Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia pada tahun ini, Media Prima Berhad memilih tema 'Manis Pahit Bersama' untuk meraikan perpaduan masyarakat madani menerusi kepelbagaian makanan tradisional berbilang kaum.

Bagi memeriahkan bulan Kemerdekaan , TV9 telah mengadakan peraduan Kelas Kuih Malaysia dengan kerjasama Jaguh Kartun, khas buat kanak-kanak berusia antara 6 hingga 12 tahun. 

Peraduan ini bertujuan untuk memupuk semangat kekitaan dan memberi pendedahan kepada mereka tentang perpaduan Malaysia yang mempunyai masyarakat majmuk. 

Menariknya menerusi peraduan ini, peserta akan dibimbing oleh cef berpengalaman untuk membuat kuih-muih tradisional daripada pelbagai kaum seperti kuih ketayap, kuih angku dan putu mayam. Semestinya ia akan menjadi pengalaman paling berharga buat peserta cilik.

Ingin menyertai peraduan ini? Senang sahaja! Anda hanya perlu merakam video yang berdurasi tidak lebih 30 saat yang bermula dengan ayat;

"Saya ingin belajar buat kuih tradisi Malaysia sempena Hari Kebangsaan ini kerana....". 

Selepas itu, hantarkan video anda ke laman web Jaguh Kartun di https://www.xtra.com.my/jaguhkartuntv9/kelas-kuih-malaysia.html.

Slot adalah terhad dan hanya 10 pemenang akan terpilih untuk menyertai Kelas Kuih Malaysia. Jom mendaftar untuk dapatkan slot sebelum tarikh tutup iaitu pada 12 Ogos 2023. Siapa cepat, dia dapat.


Post a Comment

0 Comments