Hot Posts

6/recent/ticker-posts

SEARCH ROCKIN’ TEMASEK!



SELEPAS menggegar peminat-peminatnya di showcase RockKl4sik @Esplanade pada 18 Mac lalu, kumpulan rock legenda Search kembali untuk gegaran susulan di The Theatre At Mediacorp, Singapura pada Sabtu, 9 September depan, jam 8 malam menerusi Konsert Search Rockin' Temasek.

Kumpulan yang dianggotai oleh King of Rhythm (Noordin) dan King of Tremolo (Kid), bersama Yantoi (basis), Firdaus (keyboard), Min (dram) dan vokalis Den Den bakal memberikan persembahan terbaik mereka.

“Kami ingin memberi persembahan terbaik agar ia menjadi satu pengalaman istimewa bersama semua peminat dan pencinta muzik secara amnya,” ujar Noordin mewakili rakan-rakan lain.

Persembahan ini cukup istimewa kerana ia menyaksikan kolaborasi tiga negara iaitu gabungan Search dari Malaysia dengan vokalis dari Indonesia, Den Den. Sementara RAB International (S) PTE LTD dari Singapura pula diberi kepercayaan penuh dalam pengurusan artis dan penganjuran konsert.

Bagi pihak penganjur, usaha sama ini terhasil demi untuk menghiburkan para peminat dan pencinta muzik, bukan sekadar tanah air tetapi seluruh rantau Asia Tenggara.

Pengarah Projek RAB International, Puan Juressa Ong, berkata, konsert tersebut diharpakan dapat memberikan impak besar kepada industri muzik serantau.

“Kami di RAB International berbesar hati untuk menganjurkan konsert Search.. Rockin’ Temasek kerana jenama Search ini amat besar dalam industri muzik di rantau Asia Tenggara, malahan di seluruh Asia.

“Kami selaku penganjur menitikberatkan kualiti untuk memberi yang terbaik kepada penonton, sinonim dengan visi Search.

"Dedikasi terhadap peminat ini menjadi bahan pembakar semangat untuk menghasilkan sesuatu yang istimewa buat Search dan khususnya buat para peminat kumpulan rock legenda ini,” ujarnya.


RAB International dan Search juga memenuhi tanggungjawab sosial (Corporate Social Responsibility) dengan mengunjungi dan berinteraksi bersama para penghuni Rumah Peralihan PERTAPIS (PHH).

“Ini kali pertama kami, Search, terlibat dalam acara kebajikan di Singapura. Kami berharap inisiatif ini dapat memberi inspirasi dan motivasi kepada para penghuni di sana,” tambah Noordin.


Selaku penganjur konsert pula, RAB International akan menyalurkan S$10 daripada hasil penjualan setiap tiket konsert kepada benefisiari konsert iaitu Rumah Peralihan PERTAPIS.

Pembelian tiket boleh dilakukan secara atas talian menerusi laman web www.sistic.com.sg/events/rockin0923 atau belian terus semua Agen SISTIC di seluruh Singapura.



Tiket konsert dijual dengan harga:

Standard:
S$238 (Rampage), S$188 (Fenomena), S$158 (Karisma), S$128 (Terbaik), S$98 (Rockestra).

Restricted View:
S$118 (Terbaik), S$88 (Rockestra)

Untuk pembeli tiket S$238 (Rampage), pihak penganjur menyediakan cenderahati istimewa dan sesi Meet & Greet bersama Search selepas tamat persembahan konsert.

Para pembeli tiket boleh 'Add On' S$100 untuk merebut peluang makan malam bersama Search di The Malayan Council (Fullerton). Acara eksklusif ini terhad kepada 30 orang sahaja.











Post a Comment

0 Comments