Hot Posts

6/recent/ticker-posts

BAKAT UNIK SAIXSE TERUS CURI TUMPUAN, MALAMPAGI BIKIN HANGAT




LAGU Malampagi oleh penyanyi dan rapper muda yang dikenali sebagai Saixse telah menghangatkan peminat muzik tanah air apabila trending di platform digital, malah meraih tangga #1 di carta Spotify dan TikTok dengan  lebih 2 juta pendengar di Spotify dalam masa empat minggu sahaja semenjak ia menjadi viral.

Walaupun baru berusia 21 tahun, Saixse telah aktif menghasilkan lagu sendiri semenjak tujuh tahun lalu dan akhirnya semua usahanya kini membuahkan hasil.

Saixse yang merupakan artis terbaharu naungan SVLTAN Management, sedang giat menghasilkan projek baharu termasuk bekerjasama dengan seorang lagi rapper sensasi tempatan, MK K-Clique untuk mengeluarkan sebuah remix Malampagi yang akan dikeluarkan tak lama lagi.

Bakat muda yang turut aktif dalam penulisan lagu ini memulakan perjalanan muziknya ketika berusia 14 tahun. Didorong oleh semangat yang tidak berbelah bahagi kepada muzik, Saixse mula menulis liriknya sendiri dan melancarkan kerjaya muziknya di Soundcloud yang mempunyai lebih setengah juta aliran di platform penstriman itu setakat ini.

Saixseterus berkembang maju dalam perjalanan muziknya melalui persembahan langsung yang turut mendorongnya untuk mengeluarkan album sendiri, XSE pada 2021. Album yang dinanti-nantikan itu mendapat pujian online dan telah merekodkan lebih 450,000 aliran merentasi semua platform penstriman utama.

Baru-baru ini, Saixse mengeluarkan beberapa single baharu, termasuk Tak Percaya bersama rapper, Kidd Santhe, Love Me dan Malampagi.

Single Malampagi menjadi sensasi popular dan mula trending di TikTok sehingga turut melonjak ke atas carta Global dan Tempatan platform itu untuk Jun 2023. Malampagi juga mengambil tempat nombor satu di carta harian Spotify Malaysia, sejurus selepas debutnya dengan kiraan penstriman tertinggi dengan 130,000 aliran harian di platform itu.

Pada bulan sama, single tersebut juga muncul sebagai salah satu daripada tiga lagu teratas carta Industri Rakaman Malaysia (RIM).

Baru-baru ini Saixse tampil melancarkan remix Malampagi yang menampilkan MK daripada K-Clique. Lagu hit itu ditafsirkan secara berbeza bagi mereka yang sedang healing dan mencari ketenangan daripada masalah masing-masing. Lirik MK terutamanya, menggalakkan pendekatan positif dengan menghubungkan semula dan membawa seseirang itu lebih dekat kepada Yang Maha Esa.

Dalam hanya 24 jam selepas debutnya di YouTube, video muzik remix Malampagi yang turut menampilkan kemunculan beberapa personaliti Malaysia seperti Amir Ahnaff, Fadhli Masoot dan Sky Iskandar, telah mendapat hampir 200,000 tontonan.

Menariknya video muzik terbabit diarahkan oleh pelakon sedang meningkat naik, Nadhir Nasar dan dibantu oleh Azahari Ali, Afeeq Adzly dan TM Faris.

Didorong keinginannya untuk berkongsi fikiran dan minat terhadap muzik dengan pendengarnya, Saixse percaya muzik mempunyai kuasa yang tidak dapat dinafikan untuk meluahkan emosi yang tidak terucap.

Bintang muda ini juga bercita-cita untuk berhubung dengan lebih ramai orang, dengan harapan mereka dapat mengaitkan makna dan cerita di sebalik lirik dan lagunya. Tidak hanya itu, dia kini sedang bekerjasama bersama Kidd Santhe untuk album seterusnya. 



MALAMPAGI
by SAIXSE

Lari
Baran dalam diri tak puas hati
Hilang apa yang ku selalu impi
Bukak mata still gelap belum pagi
Belum pagi

Malam, masih muda
Asal kau duduk macam tak buat apa
Bazir masa nak fikir tentang cinta
Yea aku sakit,
Aku healing sampai pagi tak balik

Oh no, tak boleh
Hati ku dah parah, kau tak boleh nak tarik
Aku nak rasa, vibe sampai gila
Ada malam ku sedih,
Ada malam ku nari sampai okay

Like oh oh oh
Tak boleh control oh oh oh
Aku nak let go oh oh
Ada malam ku sedih
Ada malam ku nari sampai okay

Hilang
Kadang ku tak tenang ku hanya diam
Aku sayang tapi kau yang tak faham
Apa aku pendam, rasa sakit dalam
Dah lama aku simpan

So sekarang kau nak hay
Datang balik with no shy
Sorry baby malam ni aku busy gettin so fly
Vibe aku memang gila, party macam 4th July
Hati aku tak rasa,
We gon crash or we gon die 
Alright

Yea, you got me speedin
On the low,
Got me really bleeding
On the floor,
Broke my heart and leaving
Oh moving slow

Selamat datang, ke deathrow
Aku tarik
Jangan nak patah balik
Aku dah tak boleh nak sambung selit
Kalau toxic tu, suka belit
Duduk bawah lampu mata ku kelip

Tonight is my night, yea I'm gettin loose
She wanted to drink so i gave her my juice
Aku still stuck but aku kena move
Takyah nak close friend, kau boleh remove

















Post a Comment

0 Comments