Zenless Zone Zero Versi 3.3 Bawa Dua Ejen S-Rank dan Aksi Mecha Baharu


PEMAIN Zenless Zone Zero bakal menikmati pengalaman baharu menerusi kemas kini Versi 3.3, Journey to the Sky, pada 21 Oktober 2026.

Selain dua ejen S-Rank baharu, Phoenix dan Severian, kemas kini ini turut membawa mekanik pertarungan mecha, acara terhad serta penambahbaikan sistem permainan.

Kisah utama menyaksikan konflik di pulau langit Roscaelifer semakin memuncak apabila laluan ke Booastrum ditutup. Satu-satunya akses ialah Quietude Isle, pelabuhan udara yang dikuasai musuh.

Hakim Phoenix dan Pesuruhjaya Severian terpaksa bekerjasama meskipun berbeza pendapat, sementara pemain bersama Lindverne semakin hampir membongkar rahsia tiga Sunbringer dan Karma Core mereka.

Phoenix, ejen Anomaly elemen Fire S-Rank dari Krampus Compliance Authority, memiliki kemahiran Nirvana yang membolehkan kerosakan Anomaly menghasilkan serangan kritikal.

Jika menerima serangan maut, Rebirth menghidupkannya semula dengan kesihatan penuh. Dia muncul pada separuh pertama bersama W-Engine S-Rank, Plume of Rebirth.

Severian, ejen Attack elemen Wind S-Rank dan pesuruhjaya kanan New Eridu Public Security, pula menggunakan Endless Breeze untuk mengelak serangan secara automatik sebelum melancarkan serangan balas dan tebasan berturut-turut. Dia hadir pada separuh kedua bersama W-Engine S-Rank, Incarcerating Grip.

Ejen Velina dan W-Engine Joyau Dore kembali pada separuh pertama, manakala Norma serta Chief Sidekick muncul semula pada separuh kedua.

Dua pakaian baharu Phoenix ditawarkan sebagai pakej dengan diskaun terhad 30 peratus, sementara pakaian Severian, Solemnly Impeccable, memasuki kedai.

Pemain turut boleh mendapatkan avatar dan kertas dinding dinamik, selain menyertai acara interaksi bersama Phoenix dan Severian. New Eridu City Fund turut menawarkan tema sidebar dan loket baharu.

Acara Terhad dan Mekanik Permainan Baharu

Acara Night of Supernatural Tricks di Lumina Square dan permainan VR Spooky Funhouse Tales oleh HIA Club membolehkan pemain memandu Trickmobile untuk menakutkan tetamu. Ganjarannya termasuk pakaian Angels of Delusion, W-Engine A-Rank baharu dan aksesori Proxy.

Tiga acara lain turut diperkenalkan, iaitu Cyber Miracle Healer, on Duty! untuk membaiki Bangboo yang bermasalah selepas memakan cip beracun, Trails of the Hobbling Crow untuk menjejaki penyerang Crowe, serta Repair! Drifting Art bagi menyusun serpihan lukisan yang hilang di laut.

Acara gandaan ganjaran Area Patrol dan Combat Simulation juga kembali. Dalam cerita utama, Lindverne menggunakan kuasa Karma Core, Genesis Reconstruction, untuk mencipta mecha tempur High Ambitions Corp. yang boleh dipandu pemain.

Mesin ini menawarkan dua mod serangan, iaitu jarak dekat dan jauh, yang boleh ditukar mengikut situasi. Pemain juga boleh melancarkan serangan laser lebih kuat selepas menggunakan EX Special Attack atau mengelak serangan musuh.

Persekitaran turut boleh dimanfaatkan untuk menembak bahan letupan dan melontar objek berat. Mekanik ini akan diteruskan dalam versi akan datang.


Sementara itu, mod kekal Enigma of the Labyrinth menerima musim Spooky Trial, dengan Master Devil menawarkan cabaran tiga pusingan.

Penambahbaikan sistem merangkumi cadangan pasukan dan strategi melalui Fairy, konfigurasi pasukan satu klik, tutorial video ejen serta petua cabaran berdasarkan skuad, peningkatan dan keserasian.

Panduan reputasi Inter-Knot turut dipertingkatkan, manakala acara daftar masuk menawarkan 10 Encrypted Master Tapes dan 10 Boopons.

Versi 3.3 akan dilancarkan pada 21 Oktober 2026 untuk PlayStation 5, PlayStation 5 Pro, Xbox Series X|S, Xbox Cloud Gaming, PC, iOS, Android dan Steam.  - 7KLIK

ARTIKEL LAIN:

Post a Comment

0 Comments