Hot Posts

6/recent/ticker-posts

Come Together rai ulang tahun ke-60 The Beatles bersama The Mersey Beatles di KL



SIAPA tidak teruja mendengar lagu-lagu The Beatles? Jika anda adalah salah seorang peminat kumpulan rock legenda ini, ada berita baik untuk anda kerana The Mersey Beatles akan mengadakan persembahan magis Beatlemania dalam siri jelajah dunia mereka sempena meraikan ulang tahun ke-60 The Beatles.

Dibawa untuk menemui peminat di negara ini oleh YOLO Malaysia, band tribute The Beatles yang paling dicari-cari ini akan mengimbau nostalgia rakyat Malaysia kepada kumpulan rock yang pernah menawan dunia itu menerusi empat persembahan yang bakal dipentaskan di The Platform @ Menara Ken TTDI, pada 26 & 27 Ogos 2023.

Dipuji sebagai band tribute The Beatles terbaik oleh Kelab Peminat Beatles British (British Beatles Fan Club), The Mersey Beatles dianggotai oleh empat jejaka iaitu Mark Bloor, Steven Howard, Brian Ambrose dan Craig McGown yang masing-masing menggambarkan John, Paul, Ringo dan George.

Band tribute ini juga mendapat pujian dari Julia Baird, adik John Lennon, yang mengatakan The Mersey Beatles benar-benar menghidupkan muzik dan lagu-lagu The Beatles.

The Mersey Beatles telah menghibur dan mengujakan penonton dengan konsert-konsert menggegarkan yang habis terjual di seluruh dunia sejak 1999 dan menampilkan persembahan hebat di kebanyakan festival Beatles.

Band ini bukan sekadar berjaya menjiwai dan menjelmakan semula The Beatles dari segi luaran dan dalaman, bahkan kemampuannya merencana setiap persembahan menjadi pengalaman baru yang cukup menarik buat penonton melonjakkan populariti mereka berempat selama ini.

Empat persembahan Come Together di Malaysia akan diadakan di The Platform @ Menara Ken TTDI pada 26 dan 27 Ogos 2023, dengan dua persembahan sehari iaitu pada jam 3.30 petang dan 8 malam. Tiket-tiket yang berharga RM368, RM288, RM238 dan RM188 kini boleh dibeli di www.yoloasia.com.

Pengasas YOLO Asia, Ib Harun, berkata, YOLO hadir untuk mewujudkan pengalaman hiburan yang lebih interaktif dan bermakna buat penonton dan inilah sebabnya format persembahan ini lebih kecil bagi mewujudkan suasana yang lebih mesra untuk peminat sebenar The Beatles.

Seperti The Beatles, empat jejaka The Mersey Beatles juga dilahirkan dan dibesarkan di Liverpool, malah turut menjadi band residen di Kelab Cavern yang terkenal di dunia, dan di kelab inilah keunikan The Beatles mula terserlah 60 tahun lalu.

Selepas Malaysia, The Mersey Beatles akan pulang ke Liverpool untuk mengadakan persembahan tribute Beatles terbesar di Arena M&S Bank yang cukup berprestij.

Band ini akan beraksi di hadapan lebih 4000 penonton di tempat kelahiran John, Paul, George dan Ringo. Tiket untuk acara yang sangat dinanti-nantikan itu sudah habis terjual sejak ia mula ditawarkan pada Disember tahun lalu.

Dapatkan tiket anda ke Come Together bersama The Mersey Beatles di KL sekarang untuk menikmati detik-detik FAB yang mengujakan! Untuk maklumat lanjut, sila lawati www.yoloasia.com . - 7KLIK

Post a Comment

0 Comments